amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Sunday, 12 June 2011

.....bahagian...

Tadi dapat berita ibu mertua kawan yang berumur 90 tahun baru sahaja meninggal dunia pagi hari jumaat 405 pagi (bukan Islam).  Beliau semasa hayat sangat berdikari.  Beliau sangat rajin dan walaupun berumur 90tahun masih mahu tinggal dirumahnya sendiri sehingga di akhir hayatnya. Masa lapang dihabiskan dengan membaca. Si anak lelaki tunggal  akan datang dengan cucu akan menjengah kerana mereka tinggal berdekatan. Hari Sabtu dan Ahad anak lelaki akan pergi membeli barang dapur. Mencuci dan mengemas rumah ibunya. Simenantu akan melakukan tugas dirumah  mencuci menggosok mengemas dsbnya dan si suami membuat kerja potong rumput shopping dsbnya. Selalunya si anak akan menghabiskan masa disana.

Kadang kala si menantu akan datang membantu membuat spring cleaning dan sebagainya bila perlu. Kedua dua mereka bekerja jauh keluar dari daerah setiap hari.
Setahun lalu sedikit demi sedikit penglihatan si ibu ini hilang kerana macular disease. Maka tabiat membaca dihentikan. Beliau tidak lagi mendengar radio dan tv serta membaca. Kaki mula lemah... Anak dan menantu tetap datang dengan routine yang sama setiap hari.
Januari tahun ini beliau mula keluar masuk hospital. Kemudian februari genap usia 90 tahun.
 Kesihatan beliau mula lemah dan hospital mula menjadi rumah kedua. Diwaktu hayat belia bekerja di pejabat dan berpencen. Maka hidupnya tidak la sengkek sangat dan dapat mengekal independence beliau sampai sudah.

Beliau seonrang yang garang dan tegas. Tapi berhati baik/selfless. Sehinggakan penjaga, perawat dan sebgainya menyebut pada anak lelakinya, awak mesti seorang budak yang patuh dan baik sebab mak awak sangat garang dan tegas. Sifat beliau adalah tidak mahu menyusahkan sesiapa serta tegas, malah doktor nurse pun dimarahinya jika mereka buat tak betul/slacking dsbnya.
Beliau terjatuh pada hari isnin, lalu dibawa ke hospital. Tiada patah riuk cuma bahu dislocated. Lebam jatuh nampak semakin hitam setiap hari. Setiap hari beliau kesakitan.. nak urut tak boleh semua tak boleh badannya kecil dan halus saja.
Tapi ingatan dan pengecaman tetap kukuh hingga ke saat akhir masih kenal anak menantu dan cucu. Hari Khamis tak sedar sedar macam deep coma tiba tiba, pagi jumaat sebelum subuh dia telah pergi.

Semoga dirahmati rohnya..

Anak dan menantu redha saja. Mereka telah melakukan yang terbaik.. Mereka bukan lah yang berpangkat dan bergaji besar. Pergi kerja punya lah jauh setiap hari keta ala kancil aja.. Tapi mereka tetap menghormati  dan bersopan santun dengan ibu mereka. Dan mereka bukan beragama Islam.
Saya hormatkan mereka kerana kemanusian dan sifat kasih sayang mereka didalam penjagaan ibu/mertua mereka.

Apakah orang kita mampu berkelakuan sedemikian? pada ibu /mertua masing masing?
Si anak di usia 60an masih belum dapat sink in  yang si ibu telah tiada. Sepanjang hayat routine beliau  di hari minggu menjengah ibunya di hari minggu dan cuti sehingga lah hari minggu sudah. Bayangkan tiba tiba aktiviti ini dihentikan .... suatu kejutan pada kehidupannya...

Lain lain fakta entry sebelum ini mengenai suami QEII yang genap usia 90 tahun nampak sihat dan segak utk usia tersebut... jika dibandingkan dengan ibu kawan ini, laki QEII mungkin hidup yang paling senang tiada risau makan minum, bills nak kena bayar, duit tak cukup, kena  tekanan di tempat kerja dan semua ditunggu hand to foot oleh orang suruhan. tak kena gaya cuma marah aja... apa pula tekanan nya..

Untuk org kebanyakan, struggle bila hidup panjang, adalah banyak. Malah bila masuk hospital rawatan pun cincai aja... iyalah pada mereka dia dah tua, enjin dah kondem.. bukan lagi top priority..
kalau orag bangsawan, berpangkat dan title masuk hospital  sakit pening, title mereka menjaminkan rawatan  dapat first class dan some level of decorum tu adalah. ada lah perhatian dan usaha yang diperlakukan...

Fikirkanlah..



Lain lain tak berkaitan, sana sini org marah kan payung( dari segi sosiologi) yang memerdekakan dan merundingkan perlindungan hak bumi pada zaman koloni, sekarang. Di hamun hina. Sedih jika benci sekali pun jangan lah berfikir macam kurang waras. tak perlu di maki hamun cerca. Ia melambangkan kerendahan moral dan etika jiwa seseorang. Kadang kala kesian melihat orang yang kurang ilmu dan berilmu berkelakuan sedemikian...mereka seperti kerasukan. Jika mereka sudah bersifat sedemikian, macamana nak ada pemikiran yang waras dan clean thoughts disebabkan terlalu prejudis dan banyak pra sangka.

Cuma satu marah sekalipun jangan hina bangsa sendiri di internet akhbar. Maki hamun, saya lihat bangsa lain mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Kita tidak tahu samada dua dua pehak benar benar bersih, jadi jgn jadi  macam kapal karam. Ingat lah kita ada anak cucu cicit nak hidup. Kalau kita sendiri menjahanam kan platform utk membangunkan bangsa, maka bila kita hilang status ini, jangan harap kita akan dapat kembali.
Ini satu cth, seorg yg dianggap mangsa juga ambil duit dari tokeh ..... kemudian tokeh ini juga beri duit pada parti parti yang  lain. Jangan kita tergadai kerana ikut perasan semata. Memang ada setengah ahli patutnya pencen kerana pemikiran mereka semakin eccentric dan kurang mengikut pertimbangan yang .....

Malu dan sedih bila kaum kita makin terkenal suka berbalah. Ditambah pula kita seigama tapi kita seperti negara arab berbalah sanggup sampai negara besar mengambil kesempatan menabur benih kuasa mereka. disemai dengan membantu satu puak yang lain kerana yang ada sekarang lupa diri.
Bila disebut igama kita, org luar memikirkan semua yg buruk.. kita perlu tunjukkan pada semua igama kita adalah baik dengan memulakan dari diri kita.
jika kita tolak rasuah kita jangan lakukan walau seringgit pun. Dan lapurkan jika berlaku.
jika kita menolak croniisme, kita jangan lakukan tolong  kawan kawan baik kita walaupun kita memberi peluang pada anak kawan satu alma mater kita. Beri internal information macam mana nak lulus temuduga atau memberi tahu sebelum iklan lagi- only contoh.. apa apa yg berkaitan dgn hak awam kita tidak boleh beritahu kawan sedara mara kita  dan mereka mendapat prioriti. Jika tidak melakukan ini walau sekecil mana peluang itu pada sesiapa saja, dan mereka tidak tahu siapa disebalik iklan tersebt(contoh saja), maka kita adalah org yg boleh dipegang kata. Jika majority melakukan ini maka croniism dapat dicegah dari bawah. Kemudian kirakan betapa duit makan jadi darah daging mennjadi berkat.  Jika dari peringkat asas dan bawah menolak rasuah salah guna kuasa, croniisme dan nepotisme, maka dengan bersatunya semua, yang ditampuk akan  dapat di kawal. Tapi  jika yang di bawah payung pun sama tamak dan lupa cermin diri sama sebelum menuduh  atau sudah dikaburi sifat prejudis dan bias maka mereka pun lupa diri sama tapi sama membuka pekung didada..
Yang diluar sana bertepuk tangan menunggu keruntuhan dan tangguk di air yang keroh....

Kemudian jika ada peluang terbuka di tempat kerja dsbnya etc anda yg in charge, anda berdiam diri tanpa memberi tahu sesiapa  yg dikenali, maka ianya menjadi suatu amalan yg elok. jika semua org melakukan seperti anda, insyaAllah budaya ini dapat di praktikan pada masyarakat kita.
Tiada guna kita menghentam terpekik maki hamun, tapi kita juga ada fairshare didalam perbuatan ini di lain cabang....
jika yang berhutang  belajar tu, memanglah gaji sikit, tapi kalau dah tertakluk kontrak kena bayar selepas tamat belajar kena la bayar. Negotiate lah bayar lah barang $5 sekali pun sebulan tak pe. Jangan dibiarkan ianya mengutip nilai interest dan mencari padah. Jangan lah mengikut perasaan maki hamun.  Memang akad perjanjian sudah di tulis, duit dah terima makan minum bayar yuran etc. nak hidup berkat.. maka memang kena bayar.  tapi bayaran kena lah bayar ikut kemampuan. kalau mampu berhandphone, internet di rumah, boleh lah bayar $5 sebulan.Bukan nya mereka menekan suruh bayar penuh, tapi buat bayaran balik in staggered amount. Mereka pasti menerima $5 walaupun kecil, pembayaran ini menunjukkan dilakukan in good faith dan penghutang berusaha mengambil inisiatif. Pergi la ke bank ke mana sekali pun termasuk ah long. Mahu kena kejar dengan pengutip hutang.
jangan salah campur adukkan perasaan ideologi politik idola dan kebencian berdasar kan taksub pada ideologi pada hutang tak dibayar. Jangan ikut perasaan.. ianya reflecting jiwa dan pemikiran yang kacau dan tidak stabil. Walaupun anda orang terpelajar tapi jika makian hamunan disiarkan pada umum, cercaan ini hanya merosakkan pandangan umum pada penulis...
Kaji balik sebelum  mengikut perasaan marah dan hamun org di siarkan.

Adakah ini satu reforming of the character kaum kita?

Jangan perjudikan bangsa sendiri dan bakar platform hanya semata kerana ikut perasaan sendiri dan syok sendiri.. tolonglah..
Jika anda terbaca ini,  berdoalah semoga ditunjukkan jln yang  lurus ....dan diberi kesabaran..