amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Monday, 13 June 2011

puasa hampir tiba

Bulan Ramadan hampir tiba. Keseronokan berterawih setiap malam menjengah kembali. Mana yang dapat pergi Qiamullail..memang lain benar perasaan bila bulan ramadan tiba.

Tapi seperti biasa terkejar kejar lah nak masak untuk berbuka dan bersahur. Penat balik kerja main capai apa saja. Yang ada kerja dirumah memang tak sudah. Cuaca sentiasa panas membahang menguji kesabaran diri. Kiranya di bulan puasa waktu ditumpukan untuk mencari rezeki dan beribadat.

Bagus segala kerja mengecat, mentrim pokol pokok kemas luar kawasan rumah dimulakan dari sekarang. Longkang yang berbulan  tak di sental boleh lah di sental dari sekarang. Siment yang berlumut tu, boleh lah di cuci dengan pencuci jet dari sekarang. tembok yang berlumut boleh lah di basuh dari sekarang, jika berhajat nak cat, bolehlah dicat di hari minggu ke atau hari cuti.

Dinding yang kotor boleh lah dibasuh dan kering , seminggu kemudian di cat.

Pintu pagar dan grill boleh lah dicuci dan dicat jika mahu dari sekarang. Kalau ramai senang kerja siap. Kalau seorang, buat lah perlahan lahan dari sekarang...

Hari minggu  atau hari cuti, angkat perabut letakkan didalam bilik. Jangan lupa letak kain buruk utk hadang air dari melimpah ke bilik. kalau kitchen kabinet  tidak berkaki, letakkan tanah liat plasticin (terdapat dikedai buku). buatlah empangan  dan lekatkan di lantai supaya air tidak masuk ke bawah kabinet. dan buatjuga block dibahagian  dgn kain buruk dalam plasticin supaya air jika meresap ke bawah kabinet.

alihkan cermin dan frame segala yang tergantung didinding. Buat cover dgn plastic di plug electric didinding. seal dgn masking tape supaya waterproof.

Alihkan karpet dan jemur di porch kalau kotor sangat basuh..Tikar buluh boleh dibasuh dan dikeringkan.

sofa di angkat letak di porch atau dlm bilik.. kalau lantai jenis mozek atau terrazo atau tiles, beli lah pencuci utk jenis lantai. untuk cuci dinding dan tingkap sabun basuh baju tak pun dishwasher pun ok je.
 basuh dinding dulu dan pakai sponge scrub mana yang kotor sangat. terutama yg ada anak kecil... mana tempat gantung frame, basuh ... kalau yang pakai aircond, basuh dinding betul betul sebab kulat dan habuk memang banyak bila kita on dan off aircond  dan cuaca kita yang humid lagi menggalakkan kulat di tempat yg lembap dan sejuk dan kejap panas..

Mula mula sekali cuci bilah kipas didinding. tengoklah berterbangan habuk halus yg terkumpul. Kemudian kipas angin yang lain..gunakan kain sponge dan air sabun didalam baldi.. lap dan bilas..




mulakan basuh lantai dengan sabun biasa.. berus dengan berus lantai  terutama di kawasan pintu masuk dan celah dan skirting punya surfaces. Selalunya disitu banyak habuk terutama di belakang rak buku atau sofa.
Cuci tingkap dan frame tingkap dan grillnya... untuk keringkan cermin kaca pakai surat kabar..
pintu pun cuci, frame, grill semua...
 basuh pintu tingkap luar dan didalam...

bilas dan letakkan pencuci ikut jenis lantai  tiles.berus rata rata...supaya kotoran di permukaan lantai timbul keluar .. kemudian bilas dan keringkan. tidak lah lama mana...setengah hari boleh siap.
jangan lupa kunci pintu pagar masa buat kerja ni..


Dah selesai, sapu air di lantai kasi keluar dan lantai cepat kering.. kain buruk baju yang koyak dan buruk boleh dibuat lap semua permukaan... lepas tu buang..
Kalau mop pun boleh juga..
Buka pintu tingkap kasi udara masuk supaya lantai kering. Masuk pukul 2,3 petang lantai akan kering.  Yang mana tompokan basah lap aja dengan mop atau kain buruk.
penyapu yang untuk sapu air keluar adalah elok gunakan penyapu lidi...berus batang kayu untuk menyental lantai. Sponge hijau  untuk scrub dinding dan gril, cermin tingkap dan lain permukaan..
 Tak banyak mana modal nak cuci rumah..

Kalau cuaca panas hari tu, basuh karpet.. dan keringkan..

Bila dah kering boleh lah letakkan semula perabot didalam. Bentang tikar, karpet dan sebagainya. Langsir boleh lah dibasuh atau dry clean. Supaya ianya diberi nafas baru dan tidak pudar warna dan nampak kusam.

Cushion cover boleh lah dicuci dan dipasang balik. Mana  dinding yang nampak contengan dan cat luntur, boleh lah di cat balik apabila permukaan menjadi kering semula. Jika kita mengecat permukaan tanpa membersihkan permukaan terlebih dahulu, cat tidak akan tahan lama. Kerana salutan cat tidak meresap pada permukaan dinding konkrit.

Mana gril dah mula luntur boleh lah dicat semula..

Parit rumah boleh lah di basuh sental. Rumput, pokok dan daun kering boleh di sapu bakar. Mana dinding luar nampak kotor dan usang boleh di cat...

Sekurang kurangnya bila tiba bulan ramadan, anda boleh berehat dan fokus tenaga untuk beramal berterawih dan yang nak berniaga juga dapat  melakukan semua dengan lebih teratur. Supaya tidak terasa penat dan letih bila berpuasa nak buat semua tak larat dan ada yang moncong moncong sebab ada seorang tak kisah tidur aja bila penat dsbnya. Tak payah hilang pahala menyuruh berulang kali. Sebab kerja yang boleh dilakukan sebagai persedian sudah dilakukan..

Bilik air dan kolah mandi tu biasalah dicuci setiap minggu.  Tapi didalam rumah adalah penting. Kerana setahun sekali dicuci  dan habuk habuk yang build up selama ini yang dibawa oleh semua settled ke segala ruang dapat dicuci.  Rumah akan lebih bersih, tiada masalah pernafasan dan kulit kerana habuk mikro semua dah habis kena basuh.
Lebih teruk bila pakai aircond, dgn cuaca kita yang panas, kelembapan udara dan sudut menggalakkan fungi tumbuh. Bukan itu saja  kalau pakai leather sofa, lagi senang ianya tumbuh..

Kalau langsir tahun sudah dibuka untuk basuh pakailah langsir lama buat sementara.. nanti nak raya pasang balik..sementara langsir di cuci.

Tilam bantal boleh di jemur  dan balikkan supaya mites atau hama dari dead sel badan kita hilang.

Itu beruntungnya hidup di negara kita yang cuaca panas sepanjang tahun. Di negara barat mereka kena pakai spray chemical untuk menghapuskan hama di bantal dan ditilam.
Mereka tidak dapat mencuci rumah setahun sekali.. spring cleaning mereka buat semua kecuali cuci lantai dan dinding rumah mereka.. bukan itu saja, lantai semuanya berkarpet, maka dizaman modern ini, steamer digunakan pada yang larat la.. tapi tidak boleh digunakan di dinding yang menggunakan wallpaper..

Back to the main story, jika ada plan nak cat apa apa buatlah dari sekarang. Luar ke dalam rumah, inilah masanya.. lakukan dari sekarang..

Jadikan ini satu aktiviti tahunan..

Dapat memberi nafas baru pada rumah anda dan anda bernafas bersih.. kurang habuk...

Selamat menyambut bulan rejab.... beberapa minggu..kemudian puasa... insyaAllah..

Semoga semua sihat sentiasa....