Semoga bulan puasa yang bakal menjelang dapat di lalui semua dengan aman dan damai. Belum terlewat nak cuci rumah, bersih apa yang patut..nanti bila dah puasa penat la pulak.
Jangan lupa masuk gaji sedia bahan untuk masak untuk sahur.. oats, telur asin, telur dan ubat gastric.. antacid..
Iyelah lepas berbuka dan selepas sahur.. kadang kadang ada acid influx.
Jangan lupa berulamkan halia jeruk( yang makan dengan makan jepun tu pun ok juga)...supaya tidak kembung perut..
kalau rajin minum lah yoghurt kosong barang sesudu dua selepas masuk waktu berbuka dan sahur.
Elakkan minum bergas ...acid perut kita dah cukup melimpah ditambah dgn ini, mahu gas trick jadinya..
Akhir sekali, para abang abang, pakcik pakcik suami sekalian, jangan lupa tolong buat kerja rumah tambahan lagi kalau isteri kerja juga.
Kalau isteri dah masak di dapur tu, awak tolong lah sekitar rumah siram pokok, basuh baju, lipat baju, gosok baju jemur lap lantai, basuh bilik air. Jangan lupa isteri pun puasa dan dia manusia juga.. macam awak.
Tolong lah kemas meja, hidang lauk, cuci pinggan dan juga angkat pinggan kosong ke sink dan basuh. Yang tak pernah buat tu belajar belajar lah. Semua orang berpuasa juga, tapi mereka tetap melakukan tugas memasak etc..
Kalau kita semua mengambil bahagian didalam urusan harian dirumah lengah isteri cuci ikan, ayam awak siang lah bawang, blender bawang siap siap, tolong sental periuk belanga.. sekurang kurang isteri tidak lah rasa macam nak pengsan semua nak hadap lepas maghrib mana nak lipat baju gosok dsbnya.
Kalau all hands on deck, tak perlu ada bibik dah...
Jimat duit...
Maaf zahir dan batin semoga puasa ini membawa keberkatan pada semua..