amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Saturday 28 August 2010

pembantu rumah..

Tidak  lama lagi kita semua akan menyambut hari raya. Dalam sekelip mata sahaja puasa hampir ke penghujung dan saat keseronokan berkumpul bersama keluarga di cuti yang panjang dinanti nantikan.
Tajuk hari ini hanya untuk merenungi betapa untung nya rakyat di Malaysia secara khas dan umumya. Semua ini terdapat dan hanya dipraktikkan di negara Malaysia. Benda benda yang dianggap remeh temeh dan kecil, tapi ada orang kita boleh lakukannya.

Mungkin sudah tiba masanya kita perlu mengkaji semula keperluan kita untuk melakukannya dengan sendiri tanpa mengharapkan orang lain melakukan untuk kita. Melainkan lah kaum veteran yang terlalu uzur untuk melakukannya dengan sendiri. Disini yang dimaksudkan adalah pembantu rumah, maid, orang gaji dan macam macam lagi.
Kawan berbangsa caucasian /orang putih dari  England bercerita penggunaan pembantu rumah adalah untuk golongan berada sahaja. Mengikut undang undang mereka, pembantu rumah mereka perlu di sediakan kuarters tempat tinggal yang lengkap. Mereka perlu diberi hak seperti pekerja yang lain, dibayar gaji dan elaun uniform serta medical benefit.
Majikan perlu membayar levi dan cukai kepada pejabat kementrian dalam negeri jika mereka dari luar negara.Selain dari itu mereka perlu menyediakan segala keperluan pekerja ini dan bertanggung jawab dengan hal kebajikan dan kos rawatan mereka semasa mereka bekerja dibawah majikan ini.
Pembantu yang di ambil bekerja sebagai penjaga anak anak atau dikenali sebagai Nanny juga perlu di kira hak mereka sebagai pekerja seperti pembantu rumah. Tapi selalunya nanny adalah paling popular didalam menjaga anak anak dan menguruskan anak anak kesekolah. Kos nya adalah sangat mahal. Jika mereka berjalan nanny tadi akan menguruskan  hal anak anak tadi macam bibik tadi menguruskan anak anak kita. Tapi sebagai majikan mereka perlu menyediakan keperluan seperti bilik berasingan, dan membayar tambang tiket kapal terbang nya semasa bercuti serta duit poket dan makan minum serta lain lain sepanjang bercuti kerana mereka kena bekerja menjaga anak anak majikan.

Selalunya pasanagan yang mengambil orang gaji untuk menjaga anak anak mereka ini gaji mereka disekitar ratus ribu sebulan/setahun(tapi mereka ini bayar kos cukai pendapatan yang tinggi). Ini kiranya kemampuan mereka.Duduk di kawasan elite serta mampu menyediakan kenderaan untuk si nanny guna untuk mengambil anak ke sekolah dan sebagainya. Mereka yang tanggagaji dibawah seratus ribu selalunya tidak lah menggaji nanny penuh masa. Mereka selalunya menghantar anak anak ke nursery dan jika yang sudah besar mereka akan mencari nanny penjaga sambilan tang orangnya local, yang dibayar ikut jam. Mereka ini diharapkan untuk mengambil anak anak dari sekolah jika ibu bapa tidak sempat pulang awal dan dijaga sehingga ibu bapa kembali dari pejabat. Nanny ini akan tunggu hingga ibubapa pulang dari pejabat dan mereka akan pulang ke rumah sendiri.
Selalunya dirumah ibu bapa yang bekerja sedemikian mereka akan memasak sendiri, mengemas rumah sendiri. Si ibu atau bapa akan pulang kerumah ikut arrangement siapa yang dapat sampai terdahulu, mereka akan menyediakan makanan untuk anak anak dan memandikan mereka dan  memeriksa homework. Untuk anak kecil mereka akan di tidurkan seawal pukul 7 malam. Ini kerana anak anak mereka jika di nursery akan aktif brmain  dan sebagainya. Kemudian anank yang sudah bersekolah di masukkan kedalam aktivitivi renang dan sebagainya. Dinurseri anak anak ada aturcara sendiri tapi kurang  didedahkan dengan komputer game dan televisyen. Maka bila anak anak balik ke rumah mereka sudah keletihan dan sudah sedia untuk tidur. Semasa di sekolah, guru akan mengambil nama anak anak yang membawa bekal makanan berupa junk food dan menghantar surat kepada ibu bapa memberi tahu mereka makanan junk food tidak dibenarkan, malah jenis air yang dibenarkan hanyalah air kosong shaja untuk mengelakkan anak anak dari agresif dan hyperaktif.

Menurut kawan ini lagi, kemudian si suami atau isteri menyediakan makanan malam dan kemudian mereka sama sama mencuci dapur dan pinggan mangkuk, periuk belanga.
Kemudian si ibu atau si bapa akan mengemas sepah sepah mainan anak toddler tadi buat. Maklumlah rumah bukan lah besar mana, kemudian vacuum lantai dan mop lantai.
Diwaktu yang sama si bapa akan membuang sampah, memasukkan baju didalam mesin basuh, menjemur baju dan segala. Diwaktu yang sama si ibu akan menidurkan si anak anak ataupun disebaliknya.
Selesai makan malam bapa dan si ibu tadi menyediakan bekalan makanan anak anak ke sekolah berupa sandwich, buah buahan, yogurt  dan air minum. Yang perlu dihantar ke nursery disediakan didalam bag nappies, baju ganti dan botol susu untuk anak toddler mereka dan diletak didalam pushchair. Selalunya anak anak dihantar ke destinasi dengan menaiki bas dengan si bapa menghantar salah seorang ke satu destinasi sama arah ke tempat kerja satu lagi di hantar oleh ibu.

Hari Sabtu hari mereka bershopping barang makanan mereka. Penuh satu trollley. Mereka akan pergi seorang diri atau suami isteri semasa anak anak ke kelas renang, atau piano atau aktiviti bermain dirumah kawan seperti mereka janjikan- playdate.
Hari ini baju yang kena dry cleaning dihantar ke laundrette. Baju yang perlu digosok akan dilakukan sendiri dirumah.Rumah perlu di spring clean, seperti mencuci mangkuk tandas, bilik mandi dinding bilik mandi, sink dicuci. Selalunya si bapa akan lakukannya. Segala kerja Diy membaiki segala dikeliling rumah dilakukan si bapa. Kemudian jika musim panas, dari bulan Mac- ke oktober mereka akan memotong rumput di laman rumah dan memotong pokok yang menjadi pagar. Membersihkan kawasan luar rumah.
Si isteri sibuk membersihkan dapur, mencuci segala petisejuk - dapur lantai dan menyimpan segala bahan makanan yang dibeli tadi. Si isteri juga memasak lauk untuk hari bekerja dan disimpan didalam freezer. Selesai memasak mereka akan mengemas dapur mengelap dan mencuci dapur mereka dan sink.
Sebelah malam samada mereka akan makan dirumah atau keluar makan diluar. Tetapi  mereka akan berehat sepenuhnya. Esoknya jika anak anak ada aktiviti mereka akan hantar, tapi selalunya mereka akan berehat dan si isteri akan masak makanan yang sedap seperti roast dinner untuk dimakan sekeluarga. Hari ini juga mereka akan menghabiskan masa mencuci baju, menggosok baju kerja, melipat serta menyimpan segala dan .
menyediakan pakaian anak anak ke sekolah.Homework anak anak di periksa, selalunya homework disuruh habiskan di petang jumaat sebelum mereka boleh mengadap tv atau computer.
Pukul 7 malam anak anak di suruh masuk tidur awal. Anak anak dibenarkan tidur lewat(paling lewat pukul 9 30 malam) di hari minggu. Sebelum tidur semua dikerah gosok gigi.
Anak anak bangun pagi tidak ada masalah kerana mereka cukup tidur dan segar dan mudah untuk mandi dan keluar ke nursery atau ke sekolah. Bayangkan sesetengah dari mereka akan dikejutkan pukul 6.45 pagi untuk bersiap. yang toddler pukul 7pagi untuk dimasukkan kedalam pushchair.

Si isteri memasak tanpa bantuan pembantu. Mencuci tanpa pembantu. Sisuami turut turun padang mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, mengemas dapur lap lantai, mencuci tandas bilik mandi setiap minggu, memvakuum lantai karpet, memotong rumput, membuang sampah, mengecat atau mencari jalan untuk memperbaiki sesuatu dirumah tanpa mengeluarkan sesen pun.. Memandikan anak adalah salah satu understanding untuk si bapa.

Kos untuk menyuruh orang datang mengemas laman dan memotong rumput sahaja dalam lingkungan seratus lebih duit mereka. Itu tidak termasuk mengangkat bahan buangan tadi.kadangkala ianya dikira dengan mengikut jam. Ada seorang pakcik ini, dia berpangkat besar dan tinggi dan adalah seorang jutawan, tapi datang ke bandar naik keretapi dan bila selesai urusan balik segera kerana esok pagi nak bangun awal nak potong rumput.
Yang seorang ini sangat lah berjaya didalam hidupnya, kerja jet set tiap tiap minggu ke sana kemari seluruh pelusuk , tapi setiap kali musim panas dia akan pergi ke rumah anak nya selepas kerja untuk potong rumput, trim pokok pagar, cat dinding, cat belebas tingkap dan segala.
Orangnya bukan calang calang, dia lulusan oxbridge dan menerajui syarikat yang besar ternama.Tidak lah dia ber pemandu kerana untuk ada pemandu dia akan kena bayar cukai yang tinggi kerana perks termasuk didalam kategoru benefit; itulah semua orang berpangkat dan kaya di sana kurang gemar memakai pemandu.

Memang lah mereka mampu menggaji orang menjalankan benda yang dia boleh delegate orang lain untuk lakukan, tapi mereka rasa rugi dengan kos tambahan untuk menggajikan orang melakukanya. Tambahan pula kos dan cukai pendapatan yang tinggi membuatkan mereka gemar melakukannya sendiri.

Di negara kita yang tercinta terbalik pula. Kita ada tenaga buruh yang murah tapi kualiti cekik darah. Silap haribulan dia pulak ambil tempat jadi mem(curi laki punya kes).Orang lelaki pula kena seru berkali kali baru lah nak dilakukannya. Dah lah cakap sekali tak nak dengar, bila diingatkan berkali kali dikatanya berleter.

Adakah kita tidak bagus menguruskan waktu kita dengan berkesan dan kurang team work effort sehinggakan kita perlu mengharapkan bantuan orang ketiga untuk menguruskan anak anak dan rumah tangga? Adakah cara budaya kita, kita perlu melakukan segalanya seperti cuci baju, gosok baju, cuci kasut, kemas katil, bilik tidur, kemas barang mereka tidak bersepah, basuh pinggan mangkuk selepas mereka makan  untuk anak anak sehingga anak kahwin?
Apakah kita tidak boleh menguruskan division of labour kepada setiap dari mereka yang sudah faham bahasa? Tandas rumah jika kita tak cuci, tiadalah yang nak mencucinya. Dapur jika kita tidak mengemas, tiada siapa nak kemas, petisejuk jika tidak dicuci tiadalah sapa nak buat. Lantai rumah jika tiada masa, tak terlap dan vakum rumah. Tingkap rumah jika kita tak kerah takde siapa nak peduli. Luar rumah lagilah, jika tidak kita buat mahu jadi semak luar rumah...Jika kedua pasangan bekerja, pastinya dua duanya sama penat. Si suami balik kerja terus terbungkang depan tv penat, si isteri juga penat, sinsing lengan cuci ikan, masak  dan mengemas basuh pinggan mangkuk hidang dan makan.  Suami basuh tangan, makan, complaint lebih kurang basuh tangan - ada tu pinggan tak angkat pon, punya  lah berat tangan tu lepas tu terus duduk semula.  Tapi duit untuk sama sama dicari untuk rumah. Si isteri bekerja dan menambahkan duit perbelanjaan keluarga dengan relanya.
Jika suami  dan isteri balik dari kerja, salin baju, tolonglah bini di dapur tak ada salahnya, Rasulullah pun ada membantu isterinya kerja kerja rumah.Zaman moden ini mana ada orang kebanyakkan mampu nak ada hamba?  Menghambakan isteri tu lagilah ada. Bila si isteri penat dia cari pasal pula.
Apalah salahnya jika kita balik salin baju, siram pokok di luar, potong rumput, sapu daun kering(bukan tiap hari). Siram pokok bukannya ambil masa berjam jam. Sambil siram pokok dapatlah menenangkan fikiran dan buntu dari kerja. Kemudian vakuum rumah, lap habuk, lap lantai. Lengah si isteri memasak, kita buatlah sesuatu untuk mengurangkan bebanan isteri supaya dia tidak penat bila nak melayan sisuami pulak. Kumpul baju berwarna satu longgok masuk mesen basuh. Yang putih selonggok basuh. Mana yang kena handwash tu, tolong lah basuhkan dan jemur. Kalau hari minggu tu, kalau yang early bird, lepas subuh tu, letak lah clorox bleach di permukaan sink tandas, dinding. Setengah jam kemudian cuci lah dan sental dinding dinding bilik mandi dan lantai tandas. Sental juga lubang mangkuk tandas. Jika tandas dicuci setiap minggu, tandas senang nak maintain. Jangan tunggu berlumut kuning dan hitam melekat didinding baru nak basuh, memanglah susah nak jaga dan tiles pun cepat nampak usang.  Jika cucian ini dilakukan setiap minggu, jika termiss seminggu tidak lah teruk nak mencuci dan nampak keladak berlumut dan nak jalan pun licin.
Air kolah tu, sebulan sekali kosongkan dan cucilah didalam dan luarnya. Manatahu ada tahi cicak didalamnya tambahan pula kolah dirumah amat lah kecil saiznya.Kalau pergi supermart tu beli lah stock chlorox bleach, pencuci tandas, pencuci lime scale untuk kegunaan sebulan. Cuaca kita yang panas dan bilik mandi kita yang selalu basah kuyup amat lah sesuai untuk pembiakan mikrob dan lumut dan cendawan.
Jika isteri sudah masak, kita tolonglah cuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan dapur. Jika ke pasar, ikut lah si isteri dan bantunya mengangkat barang, bukan bersungut menunggu lama didalam kereta. Nak makan sedap dan variety, kenalah tunggu. Nak cepat tolong lah angkat bukan naik angin muka muncung. Kalau ada anak kecil, tunggu sajalah bersabar. Bukan senang nak beli barang basah di pasar borong orang ramai, bag berat, menu untuk seminggu. Jadinya gunakan akal supaya tidak naik angin  macam si isteri duduk berborak dengan penjual ikan.
Balik dari pasar, tolong lah si isteri siang ikan, basuh ikan. Si isteri mana nak siang ikan, nak siang sayur, anak melalak bergaduh laki sedap duduk kat sofa, penat...
Kalau tiada orang gaji tak apa, tapi team work dan effort mesti ada. Jangan sebuk nak keluar bersukan si isteri macam nak gila tunggang langgang nak menyiapkan semua. Suami tolonglah siang, cuci ikan, si isteri boleh toskan dan bungkus ikan, udang, sotong ini didalam pek kecil untuk sekali masak.  Di waktu itu isteri boleh mengemas bahan bahan yang dibeli tadi untuk disimpan didalam petisejuk. Lengah menunggu suami menyiang ikan, si isteri dapat lah mengupas bawang, blender bawang, cili untuk disimpan didalam petisejuk untuk kegunaan seminggu, menyiang sayur untuk memasak makanan kegemaran suami.  Jika yang suka bercucuk tanam itu, air ikan boleh disiram pada perdu pokok bunga dan sayuran. Perut, insang ikan dan segala bolehlah ditanam di perdu pokok sayur dan buah buahan. Tak perlu beli baja. Jimat duit.
Lengah itu, si isteri boleh lah memasak makanan tengahari.  Jika dah selesai, tolong kemas meja nak makan, lap meja, lap lantai cuci dapur dan pinggan mangkuk. Si isteri terutama yang telah bersalin kan anak anak, cepat sakit belakang dan pinggang mereka bila kena berdiri lama di sink dan dapur. Ringankanlah beban mereka dengan meringankan tulang anda.
Banyak kerja dirumah boleh dilakukan oleh si suami- gosok baju kerja sendiri, anak anak- yang masih kecil seperti darjah satu tu semua.(Tak ada didalam alQuran kata kaum suami tak boleh gosok baju, tolong kerja rumah).
Homework anak anak- tolong lah review sikit, tengok apa didalam buku sekolah homework overdue dsb. Sebulan sekali invest lah waktu mencuci sental siment luar, longkang yang dah berlumut, tingkap luar dan dalam, sapu sawang dan mop lantai satu rumah termasuk bilik tidur. Vakuum satu rumah dan bilik setiap minggu, tolong tukar cadar, masukkan cadar yangdi asingkan plain white dan colour berasingan. Janganlah tunggu semua isteri nak buat. Buat lah senarai yang perlu dilakukan daily, weekly dan monthly. Cat pagar, memperbaiki kerosakan didalam rumah ambilah inisiatif sendiri sebagai lelaki yang mempunyai tenaga fisikal yang lebih dari isteri. Jangan kerana kurang minat didalam hal hal tersebut anda lebih rela duduk depan tv atau internet dan si isteri macam nak mati terkejar kejar nak lakukan semuanya sampai nak patah pinggang. Kalau dikira minat memang semua orang tak minat buat ini semua. Didalam hal ini samada si suami kurang minat ke apa ke, dia kena belajar lakukan dan ianya adalah satu tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga memastikan semuanya berjalan lancar dan teratur dan di jaga rapi. Ingat jika anda sebagi lelaki jika anda tidak melakukannya siapa lagi nak buat dan jika awak tidak bantu isteri siapa lagi?
Jika anak anak sudah faham bahasa, ajar lah mereka mengangkat mainan mereka selepas main dengan nada serius dan suara ayat perintah.  Mereka perlu di didik dari kecil. Bila mereka sudah ada fikiran mereka sendiri, mereka akan membantah untuk melakukannya.
Bila anak berumur 6, 7 tahun ajaklah mereka membantu mencuci tandas, bilik mandi, mencuci kolah dan dinding bilik mandi. Ini akan diterapkan unsur unsur tanggung jawab  untuk mereka lakukan bila mereka dewasa kelak, malah bilamereka sudah boleh dilatih melakukan tanggungjawab. Ini akan membentuk peribadi mereka supaya ringan tulang dan tidak cerewet dan menjadi pemalas dan pengotor.
Selain dari itu bila anda di dapur si ibu dan bapa perlu sama menerapkan nilai pemakanan yang elok. semasa menyiang makanan untuk dimasak, si bapa menyiang ikan, jika mereka melihat, biarkan, jika mereka kata kotor, tunjukkan pada mereka, cuci tangan kotoran akan hilang. Didik minda mereka, jangan kita halau anak anak suruh keluar dari dapur. Jika kita mahu anak kita berdikari dan boleh hidup dimana mana, biarkan mereka lihat cara penyediaan makanan dan cara kita memasak. Cara ini akan diterapkan kedalam minda mereka dan mereka akan tahu proses nya. Biar anak anak yang berumur 6,7,8 tahun lelaki atau perempuan belajar menyiang ikan dan mencuci ikan, mengopek bawang, menumbuk bawang, blender bawng atau cili, basuh beras, siang sayur dan sebagainya. Jangan dihalau anak dari dapur bila mereka datang nak melihat, malah jadi kan satu aktiviti bersama. Panggil mereka bila balik dari pasar minta mereka tolong simpan barang dalam peti sejuk, kopek bawang etc .
Ini adalah satu kemahiran hidup yang amat berharga. Jangan ingat anak umur 4 tahun tidak boleh di harap untuk menerima instruction. Umur  6 tahun di negara barat mereka sudah masuk sekolah rendah.
Ajar mereka untuk menolong mencuci pinggan cawan dan gelas selepas makan. Dan mengelap nya. Belilah bangku steps tool untuk mereka gunakan mencapai sink.Bila mereka berumur 5 - 6tahun keatas, ajar mereka supaya meletak baju sekolah dan pakaian di tempat yang disediakan. COntohnya tuala mandi di gantung supaya kering dan jangan bergelimpang di atas katil dan lantai.  Untuk anak lelaki yang kencing berdiri, angkat toilet seat dan flush. Jika duduk, bersihkan sepatutnya dan flush.Membasuh kasut sekolah di petang jumaat supaya cepat kering dan mengapurnya.Jika mereka tidak melakukan dengan betul, tunjuk pada mereka. Jangan lupa puji mereka.  Jika mereka melakukannya kurang memuaskan tunjuk mereka lagi. Jangan marah mereka akan hilang minat, disebaliknya puji effort mereka. Jika katil dikemas kurang, anda tolongbetulkan tapi tunjukkan cara yang betul. Bila makan luar puji mereka dengan memberi tahu sebab awak dah buat apa yang patut dibuat dan mak abah sangat gembira sebab itulah kita makan diluar  etc...
Bila meningkat umur 7-8 tahun mengajak mereka membantu anda di laman, menyapu daun dan menyiram pokok berilah pujian untuk mereka gembira melakukanya.Bila bawa makan diluar cakaplah ini kerana anda lakukan aktiviti ini dan bantu rumah. Mereka akan lebih gembira melakukannya.
Pakaian- letakkan pakaian sekolah satu tempat dengan setokin dan sebagainya. Bila mereka umur 7 tahun, pastikan mereka di ajar setiap hari isnin ambil baju dari almari atau laci yang kita letak pakaian sekolah tadi. Balik sekolah seluar dan baju boleh dipakai lagi maka digantung di tempat letak baju. Monitor kemudian biar mereka ambil sendiri. Jangan biasakan semua nak letak atas katil sampai anak menjadi kebiasaan mengharapkan orang lakukannya terutama bila beristeri, semua nak disediakan dan menambahkan sifat cerewet dan perfectionist didalam diri anak tersebut tapi malas melakukannya dengan sendiri.
Jika anda sayangkan anak anda, lakukan ini semua. Biar mereka bersifat berdikaridan tidak menjadi seorang yang cerewet, spoilt, demanding dan suka mengerah orang untuk melakukan untuknya.  Belum terlambat mengenalkan mereka dengan value atau nilai nilai yang baik.

Anak anak lelaki selalunya akan mengikut perangai si bapa sedikit sebanyak.akan terserap didalam diri mereka. Maka bapa perlu memberi contoh ringan tulang(bukan tangan ye!) didalam rumah.
Jika suami memberi team work kepada isteri, mereka akan dapat meringankan beban isteri dengan anak anak punya perangai dizaman sekarang.

Kembali ke topik asal pembantu rumah- jika suami melakukan peranan mereka di rumah mereka dengan konsistent dan ringan tulang setiap hari, minggu - makan si isteri tidak lah kepenatan untuk menyediakan makanan untuk seluruh rumah, malah dia tidak penat dan letih untuk melayan suami yang sama turut mengemas rumah etc. Maka kegunaan pembantu rumah menjadi obsolete atau redundan(tidak diperlukan sama sekali).
Jika kaum lelaki, bapa, suami di Malaysia membantu kerja rumah, maka keperluan harian tidak lagi memerlukan tenaga pembantu rumah. Anak anak boleh di hantar ke nursery dsb. Kita dan masyarakat tidak lagi bergantung kepada kemasukkan tenaga buruh asing sebagai pembantu rumah. Mereka tidak lagi diperlukan lagi. Kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan tambahan -gaji dan sara hidup extra head count dan mulut untuk disuap.
Dari segi ekonomi, duit kita kurang melimpah masuk ke negara mereka dan memberi kesan sampingan kepada ekonomi dan kewangan di negara mereka. Diwaktu itulah mereka akan sedar langit tinggi rendah bila dapur tidak berasap dan makan pun susah. Diwaktu itu mereka bolehlah pergi main jauh jauh kerana kita tidak perlukan mereka.Ekonomi mereka terjejas kerana duit matawang yang mereka hantar kurang serta kurang purchasing power mereka untuk menjana ekonomi mereka.  Biarkan mereka pergi kenegara Arab dimana mereka dilayan seperti hamba abdi dan kena dera lagi teruk.
Cuba lah complaint pada kerajaan arab, mati mereka tak ambil lagi mereka. Arab punya pilihan adalah Filipina(sebab ehem ehem) dan India(lelaki juga melakukan kerja rumah, memasak, mengemas, menggosok dan mendobi dan mereka lagi kuat dan lasak kena perah macam kain basah. Biarkan yang tak sedar diri ini masuk pasir di periuk sendiri.
Bukan lah nak menghina di bulan Ramadan ini, tapi mereka ini kualiti sebagai pembantu rumah no gred punya. Kalau compare dengan filipina, mereka boleh bercakap bahasa inggeris, menulis dan reti bahasa. Malah ada pendidikan sesetengah ada ijazah. Maka mereka bolehlah diharap. Yang datang dari negara hobi suka main tahi baling tahi ini, sudahlah tiada pendidikan, kurang pula nilai dan kejujuran, nampak pura pura alim, pemalas, kuat makan, kuality longkang busuk dan suka main ilmu ilmu hitam, yang opposite sex pulak memukau dan mer0mpak. Sebagusnya hentikan pengambilan mereka sebagai tenaga buruh.
Lain lain perkara, cari lah alternative menghantar anak anak belajar selain dari Indonesia. JPA sudah tiba untuk hentikan dari pembulian ini dengan mencari kolej universiti perubatan di negara kita atau lain tempat tapi masih murah yurannya.


Kepada keluarga, kaji balik perlukah ada pembantu ini? Adakah sesiapa yang terlalu uzur sehingga perlukan pembantu/carer ini? Mungkin  sudah tiba masanya kerajaan mengadakan kursus  yang dipanggil carer. Diantarannya intipati kursus ini menjurus kepada child care atau elderly or sickly care. Ini dapat mengurangkan bebanan mengambil maid dari seberang. Malah ini dapat menjuruskan peluang pekerjaan dari segi swasta dan kerajaan.
Tugas carer ini datang menjengah untuk mencuci dan memandikan yang memerlukan, mereka terlatih seperti nurse. Mereka hanya datang melakukan tugas dengan datang ke rumah pesakit dan sebagainya.Ianya patuh diiktiraf dinegara kita di letak dibawah tanggungjawab kerajaan tempatan/majlis daerah(Duit cukai pintu tu should be able to help to pay the salary).
Untuk keluarga sudah tiba masanya untuk mendidik anak anak back to basic value, macam zaman zaman dulu, anak anak membantu ibu bapa. Jangan di muakan sangat dengan komputer, internet computer game. Bapaks kena ringan tulang tolong kerja rumah dan segala, bukan balik duduk depan tv baca surat khabar. Time has changed brother... those era has long gone, unless you are filthy rich and able to pay maid services then by all means.Even if you can afford one, you have not been a good examples to your children; the child sees bapaks duduk macam dead wood mak terkejar kejar buat keja rumah, then bapaks marah marah and bad mood...etc...either war you are setting the example and the standard here...so time to change.....
Mothers don't repeat our mother era whereby anak lelaki shouldn't be doing a house work and enter the kitchen. That is wrong. Let all of your kids boys or girl equally to help in the kitchen as it is one aspects of life that all kids must learn and understanding and absorb into their lifestyle.
Other than that once they are all berakal, teach them to wash windows, tidy the house, wash the outside window, toilets, shower room, their room, all areas that involving their lives. Never to deny it as it will be your fault for failing to impart the discipline and knowledge while they still absorbing and learning.

To Msian- time to take stock of events that has been dogging us lately, never spill the bean and wash the dirty linen in the public outloud and outside the country.We became the laughing stock of the thicks. These illiterate wetbacks from seberang think they are smartgoons and will think we are a weak twigs that they can pushover and break the nations and see how we melatah. NEVER allow these internal  political  goons shame us nations over their own political agenda quarrel. Ignore these goons as they are already comfortable and have nothing to lose either party. We  small fishes do have things to lose , as we have family and children and mouth to feed and loan to pay.
In this bulan ramadan yang berkat ini, semoga Allahswt merahmati bumi malaysia, bangsaku dan rakyat dan kemakmuran negara ini.
Wake up call to those people and insaf.. also to goons from seberang and local goons in this country, stop tearing this country apart over the individual political ambitions.






















E