Gambar di bawah adalah dadih atau yogurt. Dibawah adalah jenis yang pekat sedikit; jika mahu boleh ditambah air ikut takat kecairan yang dikehendaki. Jika nak buat minuman yogurt berperisa, tambahkan air dan cairkan ikut tahap pekat atau likat yang disukai. Dibawah adalah yogurt atau dadih yang natural- tida perasa. Kalau masyarakat di setengah tempat mereka akan makan makan yang berempah dan di akhir sekali mereka memakan yoghurt yang tiada apa perisa kerana ianya melegakan perut dari asid atau makanan yang membuatkan mereka dapat pedih hati.
Kenapa mereka makan dadih plain? Jika makan dadih yang sudah dicampur dikilang selalunya banyak gula didalam perisa tambahan tadi. Maka ianya mengandungi asid juga
DAdih yang plain juga elok untuk orang yang menghadapi masalah perut yang tidak dapat menerima makanan yang pedas dan berempah. Berdasarkan pengalaman dari sahabat- mereka makan sedikit dadih atau yogurt yangplain tadi dan kemudian memakan makanan yang pedas dan berempah. Selesai sahaja makan tersebut mereka makan beberapa sudu dadih plain tadi. Alhamdullillah tiada apa masalah..jika tidak mereka terpaksa makan gaviscon...
Dadih ini juga amat sedap dibuat sorbet atau icecream. Cuma tambahkan pure buah mangga yang sudah masak ranum kemudian gaulkan rata dan simpan didalam freezer. dikacau setiap 30 minit untuk mengelakkan airbatu terbentuk.Ini gambar yang pekat yang dikurangkan airnya. Ini adalah cara yang paling sihat memakan dadih dengan buah buah segar. Jika tiada buah buahan segar buah buahan beku frozen juga boleh diterima. Buah buah segar seperti buah mangga, buah betik,tembikai dan apa saja buah yang kita suka kita boleh campurkan termasuk lah pisang dan oats.Jika tiada buah segar gunakan apa saja buah yang frozen. Jika musim buah banyak , potong buah tersebut dan samada dimasukkan kedalam freezer didalam pek yang kecil, kita boleh memasakan nya sedikit supaya ianya dapat disimpan didalam almari atau petisejuk.
Buah yang beku juga oleh digunakan. Contohnya buah raspberi atau apa jenis beri yang masam, ditambah kan 2 bahagian buah kepada 1 bahagian gula. Agak agak lah tapi jangan sampai menjadi manis pula..Masak gunakan periuk stainless steel dan gunakan api yang sederhana. Pastikan jangan lepa supaya ianya tidak mengelegak dan melimpah..Tidak perlu ditambah air kerana buah akan mengeluarkan jus nya apabila didih diatas api.apabila sudah menggelegak dan masak isinya dan berubah warna, padam kan api. Biarkan sejuk..
Jika kita nak buat minuman dadih yang berperisa, maka kita cairkan yogurt tadi dengan air masak dan campurkan beberapa sukatan buah buah tadi. Sebagai perisa.. Kita dapat mengawal kandungan gula dan pengawet didalam minuman yogurt atau dadih yang dibuat sendiri.
Jika kita nak makan dengan yogurt atau dibuat yogurt icecream, kita gaulkan dengan bahan buah yang disejukkan. Baki Selebihnya kita simpan didalam jam jar diletak didalam petisejuk.Ini yogurt atau dadih yang sudah dicairkan sedikit seblm dicampurkan dengan rasberi tadi.Sedap..
Jika musim buah mangga tu kalau yang jatuh mengkal ke tanah, dibiarkan peram sehari dua. Kemudian kupas semuanya. Blender isis mangga tadi dicampurkan sedikit gula disimpan didalam freezer dalam pek yang kecil. Kemudian beli dadih atau yogurt yang plain dan campurkan. Cair sesuai untuk diminum.. Jadilah mango lassi yang famous.
Jika musim buah melon potong kiub dan bekukan dan boleh dimakan dengan dadih segar. Atau sebaiknya yang mentah.
Inilah yogurt atau dadih yang sebenar.. Ianaya susu semata mata dicampurkan dengan kultur... atau ada jenis susu soya yang dicampur dengan kultur dengan tesktur dan rasa seakan susu.Kalau beli dadih plain dari jabatan haiwan anda boleh buat minuman sendiri..
terpulanglah.....
Tapi ianya bukanlah agar agar..