Senang saja jika mereka tak suka makan sayur, kita ajak mereka menyiang sayur dan menyediakan makanan yang mereka suka. Bagi mereka pakai pisau plastik atau pisau butter yang bermata bulat dan tumpul, kita potong sedikit saiz yang kecil, dan bagi kepada anak untuk mereka memotong sayur itu.
Sayuran untuk projek ini pilih lah capsicum(cili bulat) berwarna warni merah, kuning, hijau dan oren jika ada dijual. Buah tomato,karot, timun, chinese leaf,celery yang lembut dan senang kita makan mentah sewaktu memotong.
Persediaannya: basuh semua sayuran, potong semua tinggal sedikit untuk kita panggil si anak datang tolong ibu memotong sayur didapur. Kita suruh anak ini basuh tangan mereka. Kemudian kita ajar mereka tolong memotong sayur.
Kalau sayur karot tu kita potong kepada saiz yang senang untuk si anak memotong menggunakan pisau plastic mereka.Sambil memotong sayur kita ambil sedikit dan makan. Mereka akan terikut ikut buat.
Bila kita menyiang sayur kacang, sayur sawi, kita ajaklah mereka menyiang sekali. Diwaktu kita layan mereka dan terangkan khasiat sayuran ini boleh lakukan pada organ tubuh mereka dan kesihatan mereka.
Kekerapan kita membuat aktiviti ini lama kelamaan mereka akan suka makan sayur.
Sayur petola, kita siang kulit nya terlebih dahulu, kemudian kita ajak si anak memotong sayur petola tersebut.
Penyediaan jus sayuran elok untuk anak, elok untuk semua:
Basuh karot, tomato dan celery serta timun. Potong semua dan tinggalkan sebatang, sebiji dua untuk mereka memotongnya. Jangan ditunjuk pada mereka yang dah siap dipotong, kerana mereka akan kurang minat jika benda dah siap dipotong. Kemudian panggil anak untuk memotong sayuran tadi dengan alasan kita minta mereka tolong kita siang potong sayur.
Kemudian kita ambil blender letakkan semua yang anak kita potong tadi, buat juice. Kemudian kita letak ice sikit rasa sedikit. Kalau nak rasa letak secubit garam dan gula, kalau kurang manis, dan letak didalam gelas. Ajak lah mereka minum. Kalau mahu kita boleh suruh mereka tekan butang blender.
Sambil minum kita terangkan khasiat minuman ini..
Kita juga boleh sediakan bancuhan tepung goreng dan kita suruh mereka masukkan potongan sayur mereka dan kita cakap kita goreng sayur ini supaya rasanya sedap.Kemudian kita ajak anak makan sayur yang mereka potong tadi..
Aktiviti ini perlu dilakukan dengan kerap. Lama kelamaan mereka akan dapat menerima sayur seperti biasa.
Jika kita masak sayur seperti peria jangan pula kita larang si anak dari mencuba . Tapi terangkan sayur ini rasa lain sikit, tapi ianya menyihatkan si pemakannya.
Jangan lupa puji anak anak didepan semua..terutama di waktu makan.Janagan lupa galakkan membuat anak lagi bersungguh sungguh mahu mencuba.
Selalu kita terangkan khasiat sayur dan apa sayur tersebut boleh lakukan untuk tubuh mereka.
Jangan halau anak anak masuk dan melepak dengan kita didapursewaktu kita memasak dan menyediakan makanan. Biasakan anak anak kita datang melepak di dapur tapi jauh dari minyak dan dapur memasak(stove). Diwaktu kita memasak kita boleh berbual dan bertanya hal hal yang lain.