amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Friday, 22 October 2010

Ibarat melepas kan anjing yang tersepit....

Satu perkara yang anak anak menantu yang tinggal dengan ibu bapa yang sudah tua dan uzur. Kalau perangai anak tu baik, jujur dan berhemah baguslah. Jika dapat yang bengkeng, bengis susah dan kasihan orang tua tu. Stress jadinya. Kalau dapat pulak menantu tiba tiba sekarang macam perempuan ###### ######, depan laki tunjuk pijak semut tak mati. Belakang, biadap dengan mertua.. pukul anak sindir mertua(terbalik lah pulak dizaman sekarang).
Dulu masa kawin masa dia tak ada tempat mengadu, makcik itu lah menolong kamu. Bila keluarga kamu sendiri layan macam sampah. Nak kawin pun orangtua itulah gadai barang kemas untuk awak berdua  pergi menikah.
Dah kawin kamu kurang ajar sama dia... Kamu tinggal dirumah nya tidak berbudi bahasa dan bertegur sapa .. hari raya sedikit pun tidak kamu memohon maaf..
Mungkin kamu ingat kamu sudah senang, apa apa mengadu pada laki kamu. Kemudian laki kamu pergi menghamun dan menengking ibunya sendiri. Kamu buat laki kamu jadi anak derhaka pada ibunya sendiri.
Sikap pemalas kamu, sangat lah melampau. Sepatutnya kamu tolong mencuci lantai kemas rumah dan sapu lantai siram pokok. Semua nak tunggu suami buat. Suami kamu sudah lah kepala mereng dan gila duit dan kuasa, lagak hebat dan pandai, tapi sekolah malas macam kamu. Kerja jadi drebar, lorat macam ahli politik. Bila dia kesibukan nak bekerja, ambil anak, membasuh baju ....eeerrrrrrkamu buat apa ya?

Kamu tidak mendidik anak kamu dan menjaga anak anak kamu, semua kamu lepas tangan. Bila anak anak nakal, kamu debik mereka tanpa memberi penjelasan apa silap kamu. Bila laki kamu ada dirumah kamu lepas tangan segala duduk depan internet dan tv didalam bilik tak keluar keluar. Jadinya laki kamu naik angin anak anak sebesar usia 3, 5,6 kena tali pinggang.
Maka anak anak kamu makin degil dan makin nakal. Kerana nak kaya cepat kamu laki bini makan betul betul zaman jepun, kerana nak simpan duit. Maka duit pencen dan duit orangtua nya/mertua kamu digunakan support makan pakai kamu sekeluarga.... di manakah kejujuran kamu suami isteri.

Telefeon rumah kamu bawa masuk dalam bilik dan tipu mereka talian dipotong. Kamu laki bini pakai.
Masuk directselling kena tipu .. nak bayar loan bank, kamu hidup makan hasil pencen mertua kamu dan duit belanja mereka kamu laki bini telan. Amanah kah itu?

Saudara mara, shabat handai  datang nak melawat mertua kamu, kamu dan suami tak suka. Orang telefon nak melawat tak dapat kerana kamu sorokkan telefon didalam bilik. Jadinya mereka komplen telefon rumah tidak berangkat. Maka mertua kamu disisihkan.

Kemudian adik beradik kamu datang buat macam rumah sendiri, mertua kamu disuruh duduk didalam bilik diam diam jangan keluar keluar oleh suami kamu. Sebabnya kamu taksuka.
Jika adik kamu masuk kedalam bilik menjengah mertua kamu, kamu terjengah jengah kerana takut mertua kamu komplen perangai kamu macam tu.

Bangun pagi kamu letak sebesen botol susu anak ditepi sink, kerana mertua kamu akan mencuci nya. Kamu tahu itu...

Mertua kamu disound kerana jangan guna kipas dan tidak padam lampu bil banyak.
Kamu dan suami dan anak anak kamu 3 orang duduk dirumah mertua kamu, tidak bayar sewa sesen, malah bedal duit nya, have a cheek to tell them and shout at her for pembaziran.

Kamu berkomputer, kipas, aircond, tv, dvd, petisejuk, mandi airpanas(guna heater) dan lampu, berinternet semua guna current, tapi kamu laki bini salahkan mertua kamu.
Kamu ikat perut beri anak makan tak berprotin, anak anak kamu perangai semua berhdd, degil dan nakal.

Adik beradik kamu semua dan ibu kamu melayan kamu macam sampah. Sikap ibu kamu yang tak perlu dijelaskan disini memang jelas diwarisi oleh kamu. Ibarat menolong kamu seperti melepas kan anjing yang tersepit.
Tapi selalunya anjing lebih berterimakasih dan baik budinya dari manusia.

Ibu mertua kamu basuh kain pakai tangan di jemur diampaian, tapi kamu pura pura tercampur semasa angkat dan kamu guna kain batik basahannya buat alas anak anak kamu yang ada masalah kencing malam.
Ini adalah melampau.

Ingat kamu laki bini boleh lah tunjuk lagak lembut bercakap dengan orang luar dan orang ingat baiknya jaga duduk dengan mertua.
Orang tidak akan dapat menyangka, kamu suami isteri punya bengkeng pada mertua Allah SWT mengetahui.
Kamu acum laki kamu bila ibumertua memarahi anak anak kamu yang dulu dijaganya itu sangat nakal. Ayat emas anak memarahi  ibunya bila tunjuk muka benci; "jangan kerana emak aku laki bini bercerai".

Inikah balasannya pada perempuan yang menolong kamu semasa jadi anjing kurap didalam keluarga sendiri, menolong kamu masa kamu mental duduk masuk hospital menjaga kamu. Padahal dia bukan ada apa apa hubungan dengan kamu diwaktu itu. Memang tak malu...
Cuma nak beritahu, kerana sikap kamu yang buruk serta mengacum suami kamu membuat dan melayan mertua kamu sedemikian, kamu sudah menyediakan red carpet atau first class ticket untuk suami kamu sebagai anak yang derhaka.
Mungkin nama kamu maksudnya terpuji, tapi kamu langsung tidak ada sifat terpuji. Cuma satu pesanan, jika apa apa yang kamu lakukan suami isteri kepada mertua kamu, banyak mata memandang tidak akan berdiam diri.
Tidak selamat hidup jika menganiaya orang terutama orang tua.

If you read this whats her name Noble, pls change. There are more.I could write  but i leave to it for now...both you and yr laki, please jangan tamak. Nak kumpul duit, jangan makan duit orang lain.

Pengajaran untuk semua, jangan manja kan anak anak. Kalau dari kecil diberi kebebasan walau anak lelaki, masa sekolah diberi keluar melepak, merayau, hisap rokok, malam tak tidur jauh malam. Esok pergi sekolah mengantuk, nak belajar malas. Susah lah. Lepas tu tidur siang, memang  lah tak kemana.
memang jadi pemalaslah anak itu.

Kalau dari kecil di beri a mind of his own, memilih, cerewet mulut macam mulut ###### # # ## tegurlah awal awal masa boleh dilentur lagi. Ajarlah dan didik lah kalau mulut mengalah mak nenek diusia sekecil itu, didklah dan pastikan dia mendapat mesej, mulut dan kelakuan kena jaga.  Esok bila dah liat pemalas jadinya. Kemudian dia akan besar kepala.
Nak hidup senang, menempek dan jadi parasit hidup atas hasil orang.

Ajar lah bertanggung jawab dari kecil. jangan umur 5 tahun dah pandai mulut celupar ibu bapa biarkam. Jika budak yang jenis cerewet makan dan pakai semuda itu, ajar mereka menjaga nya dan mengurus nya dengan sendiri. Baju buka gantung, basuh sendiri. Bnagun tidur mandi , gosok gigi dan ambil baju di almari. Sebelum mandi ambil baju sendiri letak ataas katil. Tuala lepas pakai gantung. Kemas katil. Time mandi petang, mengaji, sembahyang, tv dan tidur ditetapkan.

Selepas maghrib tak boleh merayau..

Selagi tak habis sekolah, tak boleh melepak malam malam diluar.

Semua ini perlu di laksanakan terutama pada anak anak lelaki, tak kisahlah manja atau tidak. Ini melatih mereka displin dan effort untuk hidup berdikari.
 Masa kecil pada si ibu yang masih muda memanglah comel, tunggulah bila badan siibu lemah. Si anak pemalas nak senang aja, kalau boleh nak subsidi semua. Inilah akibatnya kalau dimuakan. Contohnya jadilah macam cerita diatas.