amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Wednesday 3 November 2010

Menabung...untuk di hari tua.orang lelaki,bapa ,suami sila baca...hidup hari ini untuk esok juga

Kali ini mengenai simpanan di hari tua.

Diwaktu gembira, kita boleh belanja duit beli matching his and hers....satu untuk anda dan satu untuk suami.

Tidak pun anda rajin membeli gadget lah, macam macam benda kerana anda rasa anda telah bekerja keras dan layak membazirkan duit. Isteri anda tidak berani bersuara kerana itu duit anda.
Anda silap berfikir sdemikian kerana anda bekerja mendapat gaji, isteri anda bekerja seperti dikerah anda membuat kerja rumah dan sebagainya. Tapi isteri anda tidak mendapat gaji tetap. Kalau dapat duit belanja anda beri agak agak anda besar manakah jumlahnya jika dibandingkan dengan pengorbanan penat fizikal dan mental menjaga anak, kerja rumah, jadi babu untuk anda basuh baju, gosok baju? Kalau hire bibik pun bibik still dapat duit gaji dan poket money lagi.
Apa jaminan hari tua si isteri? Anda yang makan gaji bekerja sudah tentu ada jaminan hasil potongan gaji bulanan.
Terfikirkah anda ini semua di kepala? Masa muda semua kuat dan indah. Bila sudah tua isteri pun lemah.. lepas tuh saving , jaminan hidup dan kos sara langsung tiada (no security).
Kita sayang isteri kita, tapi apakah setakat itu sahaja kita tunjukkan sayang dan penghargaan ini?


Kita jarang memikirkan bila sudah tua adakah duit untuk simpanan untuk kecemasan, belanja harian makan dan minum sara diri?

Kepada yang bekerja boleh lah guna epf, kalaupun epf banyak. Jika yang tiada epf bagaimana pula?
Terfikirkah anda bila anda bukan pesara kerajaan, anda akan perlu membayar kos dan charge charge dari xray hingga ke cost discharge(bil masuk wad dsb). Mungkin tidak banyak tapi kalau bila dah sakit melarat dan teruk keluar masuk hospital simpanan yang tidak seberapa akan susut atau habis. Bayangkan gunung yang tinggi mana sekalipun kalau hari hari di sodok dan di ambil tanahnya lama lama rata juga.

Persoalannya adakah ibu ibu yang tidak bekerja tapi mampu menyimpan sedikit setiap bulan untuk masa dah uzur kelak, mengharapkan anak anak menanggung mereka semata mata tanpa perlu menabung sendiri??

Jika itu harapan mereka mereka meletak masa tua pada anak anak semata mata, silaplah...terutama di zaman yang serba lain dan mencabar ini. Kalau anak anak kerja elok ingat mak bapa tak apa.Kalau anak anak tak kenang budi apa cerita? Kalau si anak pun sama sakit tak boleh bekerja atau hilang kerja macamana???Diri sendiri tak tertanggung, kena tanggung mak bapa .. silap haribulan mak bapa yang kena tanggung anak itu.

Sepatutnya Suami/bapa bapa yang menyuruh ibu/isteri yang tinggal dirumah menguruskan rumah  tangga, terutama yang bergaji 4angka, membuat standing order memasukkan 1/3 dari gaji mereka kedalam akaun simpanan seperti ASB, ASW dan lain lain simpanan berupa fixed savings diatas nama si isteri..
Kelak bila si bapa/suami sudah bersara, duit berkurangan, maka si isteri mempunyai duit simpanan atau duit sara hidup untuk belanja asas sekurang kurangnya tanpa mengharap pada anak itu dapat membantu anda suami isteri. Selallunya si isteri banyak mengorban kan diri sendiri demi suami dan anak anak.Ibu kalau ada duit dia tidak makan seorang diri..dia kongsi..sudah namanya ibu.
Suami...boleh, tak sedap keluar makan luar dengan member..lepak..
Fikirkanlah...


Isteri isteri yang kerja menjaga anak  sebagai suri rumah perlu membuka akaun simpanan sedemikian dan mempelbagai jeniskan simpanan mereka.
Kaum Tionghua, ibu ibu nyonya yang berumur, berikat perut dan bersederhana makan pakai harian mereka. Tapi mereka ada mempunyai simpanan. Disebabkan kerana sifat bercermat, bila masuk senja ada diantara  mereka tidak bergantung pada anak anak untuk makan seharian dan belanja harian. Malah masih mampu menanggung diri sendiri.

Sepatutnya kita memikirkan bila usia dah lanjut, kita hendak hidup dengan aman dan selesa. Maka kita perlu ada independence terhadap status kewangan kita. Bukan semata mata mengharap anak anak. Anak anak pula dah biasa hidup senang tiba tiba dibebani dengan masalah tambahan. Kalau dapat menantu yang pemurah tak apalah juga, kalau tidak bermasam masam muka. Kalau anak perempuan pula yang tak bekerja macam mana nak kasi mak bapa duit padahal dia pun diberi access duit yang terhad.  Lagi dapat orang yang asal yang senang dan mak bapa sendiri tak pernah minta duit, tiba tiba kena tanggung keluarga isteri..  Janggal pula rasanya.

Ada jenis bapa yang suka melaram, nak pakai kereta baru, dsbnya. Demand pada anak anak pun ada. Pencen dia entah buat apa. Si isteri duduk diam.

Disebabkan kurangnya orang kita  menabung duit simpanan, bila dah uzur, nak belanja takde hasil, tak ada pokok nak di petik, nak beli ubat, vitamin pun tak mampu dan terasa mahalnya..
Habisnya usia kaum ibu atau isteri  di waktu senja selalunya cepat sahaja berlalu. Si suami masih segak dan tegap, dia belanja duit pencen ke, savings ke semua dia sorang yang kontrol. So isteri tiada access dan orang putih kata have no say on the money.

Selalunya bila dah berumur orang lelaki kita yang dulu lagak macho ada tu jadi eccentric sikit. Lagilah isteri tercampak ke sudut.

Kepada yang membaca ini jangan marah. Ini perkara yang benar dan telahpun berlaku.

Tujuan penulis menulis ini supaya pasangan suami isteri menyeimbangkan simpanan ke pada isteri yang tidak bekerja untuk masa depan mereka di hari tua. Macam macam perkara berlaku, tapi jika langkah tidak di ambil banyak ibu ibu menjadi samada homeless ke, tidak pun menumpang rumah anak anak dsbnya.

Kepada yang masih sempat menyimpan,yang masih boleh menolak ketepi duit, buka lah beberapa bank akaun seperti ASB, ASW, Apa apa produk simpanan yang kita ketahui bukan bungkus esok hari..seperti yang saya sebut tadi. Buat bajet anda  kos sara hidup bulanan. Dari situ boleh di agak berapa setiap bulan boleh di simpan.Jika ada lebih sikit disetiap bulan letak lah berapa yang ada terlebih ke dalam akaun simpanan tadi.

Kerajaan dah sediakan ASB  dsbnya, gunakanlah. Takpayahlah pertikaikan politik ideologi.. kita yang rugi. Bila pnb membuka untuk kaum bukan bumi untuk menabung, sekelip mata habis quota mereka. Untuk kaum kita banyak tak luak luak. Memang kita akan rugi..

Suami suami jika isteri dapat bonus tu, bukanlah pergi holiday dan makan luar sahaja. Kurangkanlah perbelanjaan sedemikian kerana bila makan luar jumlah tersebut elok ditabung untuk investment hari tua.
Kalau nak masak sahajala dirumah, susah susah nak kasi isteri rehat awak sahajalah masak.

Tekak jangan diajar nak makan luar dan lauk yang mewah dan sedap sedap sahaja. Anak anak jangan didik atau didedahkan dengan makan diluar sahaja. Di muakan dengan segala yang sedap dan mewah mereka pun akan pandai demand nak lauk sedap sahaja.Makanan ini belum tentu menyihatkan.
Semua ini pendedahan yang patut di elakkan. Tidak perlu di didik dengan menu antarabangsa atau menu global, kerana poket akan menjadi global..
Kalau nak makanan lebih menyelerakan, ianya boleh dilakukan sendiri dirumah anda suami isteri kena buat bersama. Presentation waktu makan amatlah penting. Kadang kala bila di rumah lagi menyeronokkan dan menyelerakan, makan di luar tidak dapat melawan pengalaman di rumah.

Kalau anak anak belum habis darjah 6 tu, takpayah lah nak bawa bercuti jauh jauh. Mereka pun belum pandai appreciate lagi apa yang mereka lawati dan lihat. Rugi sahaja duit. Elok duit itu disimpan. Duit kalau dah berlebih buka lah akaun tambahan untuk mereka. Jika ada sruktur produk untuk pelaburan seperti SIF, property  laburkan. Tapi jangan lupa berzakat supaya harta berkembang.
Kalau nak bercuti bawalah di dalam negara dulu... kalau suka nak pergi jauh dan bershopping, pergi lah suami isteri sahaja.. Jelajahi negara sendiri setiap pelusuk sebelum jelajah benua dunia...tapi kalau dah kaya lain lah cerita..tapi jangan lupa letak savings untuk anak dan isteri tidak disentuh hingga tua dan anak anak dewasa.

Bayangkan ini perkiraan kasar sahaja. Katakalah setiap bulan $300 dsimpan setiap bulan dan tidak disentuh didalam katakan asb.Tanpa mengambil kira dividend pelaburan, jika selama 25 tahun si ibu tidak menyentuh duit pelaburannya.
$300 x12 bulan=$3,600
$3,600 x 25 tahun=$90,000. Jumlah ini tidak termasuk jumlah dividend hasil pelaburan tadi. Jika sesiapa yang masih mudah di awal dua puluh tahun, bagus jika dimulakan sekarang.
Jika ada lebih masukkan didalam tabungan akaun yang lain. The best saving adalah meletakkan simpanan di dalam beberapa akaun.(Orang putih kata- never put the egg in one basket).
Jika yang berumur lewat 40 an atau 50 an, pun boleh simpan, tapi tinggikan tabungan bulanan, jika laki dapat bonus ke, ada hasil berniaga  tu masukkan lah kedalam sekerap yang mungkin. Sekurang kurangnya bila usia meningkat ke tahap awal 70 an, bila dah mula sakit uzur nak kena makan ubat itula inila ada duit didalam simpanan.
Jika suami suami yang prihatin pada kebajikan isteri mana tahu lah kuasa Allah swt, jika apa apa terjadi dengan diri anda, siapa yang akan menjaga isteri?
Sebagai tanda kasih sayang serta hormatkan isteri dan sebagai penghargaan si isteri tadi, buatlah standing order dalam jumlah paling selesa, setelah ditolak cukai PAYE, kalau boleh beri 1/3 dari gaji tadi untuk dimasukkan ke dalam savings akaun dua  jenis, seperti asb dan struktur investment seperti SIF contohnya.Jika ada lebih lagi bagus. Jika dapat bonus tu, cepat cepat lah simpan didalam tabung anda dan isteri.
Itu adalah hak si isteri kerana dia bertungkus lumus menjadi suri rumah dan menjaga anak dan tidak mempunyai gaji dan sumber kewangan. Maka suami kenalah mengambil kira pengorbanan si isteri untuk hari tua dan hari hari mendung.
Si suami pun selalunya ada standing order potongan gaji menyimpan didalam asn, asb etc.. so suami kenalah buat potongan gaji melalui standing order terus ke akaun savings isteri..

Kepada si isteri yang rajin berniaga tu, simpanlah hasil. Cubalah makan se ada adanya dan se basic  yang boleh kerana, selain dari menyimpan wang, ianya menyihatkan badan kerana makan berwaktu, makan yang seimbang dan asas sahaja seperti sayur, ikan nasi dsbnya.
Makan simple, tastebud pun lama kelamaan di latih menjadi biasa.brain receptor pun tidak demand nak makan sedap sahaja. Kalau makan berpada pada(jgnlah jadi hj bakhil makan bercatu), makan yang teratur dan benda yang sihat, badan tak naik, jadi sehat dan sekeluarga tak tembam atau overweight sampai senang kena semput.
Di masa depan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, iklim ekonomi dunia yang goyah, dsb kita tidak tahu apa akan berlaku dan tabungan itulah yang banyak membantu.Fikirkanlah....
Ingatlah hidup ini kena ada berkat, kalau niat yang elok dan iklas, maka makin bertambah dan terlindung lah rezeki tadi dari kerugian. Pada si suami pula, akan bertambah lagi rezeki bila menghargai pengorbanan isteri dan menjaga kebajikan  si isteri dan memikirkan kebajikan si isteri di hari tua...