amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Monday 1 November 2010

untuk di hari tua

Salam,

entry ini cuma satu kesedaran.. terpulanglah..

Selalunya sewaktu kita senang, kita boleh berbelanja makan segala benda yang boleh dimakan. Bak kata kawan.. segala benda kalori kita hantam ambil in excess recommended daily calories intake. Al Global taste lah katakan..Duit ok, masih ok rolling in.. so tak ada hal..


Kita jarang memikirkan apa akan berlaku bila dilanda penyakit dan tidak boleh bekerja.. Adakah simpanan mencukup jika sakit pening, bila hilang kemampuan untuk mencari rezeki menyara hidup?

Lain scenario:

Ada saudara saya bekerja di jabatan kerajaan berpangkat pegawai.. Suami  pangakt atas sikit dari isteri ,memang tidak ambil kisah pasal rumah kerana si isteri bekerja, belanja tidak putus, makan mewah maklumlah isteri jenis pemurah..

Segala benda untuk rumah si isteri yang usahakan. Bayar pembantu pun isteri, beli lauk ikan sayur pun isteri bayarkan. Dah sedapkan sampai lepas tangan.
Elok elok si isteri ini bekerja dan dapat elaun lagi disuruhnya berhenti. Katanya jaga anak anak di rumah. Macam lah anak anak terabai selama ini. Katanya seperti dicanangkan setiap bulan dia akan memberi duit belanja dapur, belanja rumah dan poket money untuk si isteri duduk di rumah.(Ni ada muslihat sebenarnya).
Di canangkan oleh si suami ke sahabat handai, kawan dan taulan dan terutamanya adik beradik dia yang ramai lagi mulut macam asid tu. Esok pencen dia makan lah  tak payah bekerja.. sedap ya bercakap..

Si isteri ini setelah di kerah berhenti kerja diatas suruhan suami yang menjanjikan segala benda akan diberi dan ditanggung,bak kata orang besar tapak tangan padang golf sebesar 18 hole ditadahkan..

MAKA si isteri ini hilanglah seniority yang melayakkan dirinya dari mendapat pencen jika mengambil option persaraan awal.

Bermulalah struggle si isteri. Duit belanja $200 diberi untuk segala di rumah. (Nampak sangat dia tidak tahu selama ini berapa belanja makan, dapur, susu anak, bil air api dsb). Ingat pembantu dah takde..semua kena buat sendiri..

Si suami balik nak makan demand sentiasa nak makan sedap sedap... Duit tak pernah mencukupi...
Si isteri mula menggadai barang kemas dia beli semasa kerja  untuk menampal kekurangan.
Kemudian, si suami mengambil ibunya yang lumpuh akibat stroke duduk bersama.Bayangkan didalam adik beradiknya yang ramai semua tidak peduli nak menjaga ibunya lama. Kesemua adik beradik si suami ada pembantu..
Si isteri ini dengan hati yang ikhlas menjaga ibu mertuanya tanpa sebarang complaint. Si suami nya pulak tak kesah tanggung jawab beri duit belanja.. (tapi di  luar dia broadcast dia beri duit bulan etc etc).
Si isteri terdesak kerana si ibu mertua tak nak makan lauk yang simple simple. Ikan kembung goreng, ikan kembung masak gulai tak makan.
Dia hanya mahu makan ikan seperti ikan bawal putih , nasi ayam, sup ikan merah, yang sedap sedap. Kalau lauk ikan senangin masak kicap, goreng ke langsung tak makan.Kerana risaukan si mertua ini tidak ada selera untuk makan, dia pergi gadai lagi barang kemas dia untuk beli makanan dan lauk yang sedap sedap.(Ini didalam jangka masa yang panjang).
Memang confirm, bila di hidangkan lauk sedemikian, si ibu mertua akan makan bertambah tambah.
Si suami masih buat tak tahu iyelah sudah ada isteri mengambil alih menjaga ibumertua 24/7, dia hidup balik macam orang bujang. Kalau rasa nak balik rumah balik, kalau tidak tidur dirumah kuarters balik 2,3 hari kemudian. Yang si suami tahu jika balik di hari minggu semua nak sedap... padahal anak isteri makan ala kadar sahaja. Sebelum balik si isteri dikerah menyediakan lauk lauk mengikut tekaknya disediakan untuk dibawa balik ke kuarternya.
 Si suami sedikit tidak kisah nak membantu.. si isteri bangkit seawal jam 5 menyiapkan anak anak kesekolah  dan menyiapkan bekalan makanan mereka, terus berkemas rumah keliling rumah, dan menyediakan makanan dan minum untuk mertua  yang dijaga kualiti makannya.  Mandi dan buang air mertua dijaga rapi.
Ibaratnya menjaga anak kecil.  Siap dijaga pantangnya si ibu mertua tadi. Maklumlah bila sudah kena stroke, benda benda yang sejuk tidak boleh di makan. Taugeh langsung tidak diberi mertuanya sentuh langsung.
Si isteri punyalah marah bila mendapat tahu adik ipar(adik tiri si suami) yang bergaji besar dan seorang guru memberi mertua makan berlaukkan sayur taugeh..main cincai sahaja..
Sisuami pula terpaksa ditegur oleh si isteri kerana sedikit tidak menolong menjaga ibunya. APatah lagi sanggup menghabiskan masa bercuti dengan memancing di laut..atau ada sahaja halnya..

Kemudian bila giliran anak (anak yang berbelas orang tadi ) yang lain mengambil si ibu tadi ke rumah mereka, tidak lah diketahui apa yang terjadi.. kerana tidak berapa lama kemudian si ibu tadi kembali ke rahmatullah.


Kemudian  si isteri mengambil keputusan mengasuh anak anak. Dan juga buat lah masak memasak untuk majlis. Si suami mula buat hal lagi. duit belanja boleh lengah beri atau buat lupa atau tuduh si isteri curi sampai tak bertegur sapa berhari..
Makan berdemand masih. Rupanya si suami masih menjadi romeo atau penyu menabur benih merata rata.

Kerana si suami mulut manis dan nampak alim, sembahyang tak tinggal maka tidak lah disyaki isteri nya. Kalau dapat ditangkap si suami akan menafikan.

Mulut si suami mengalahkan mulut perempuan.. maka dia canangkan dia berhabis duit pada si isterinya,padahal tidak. Maka keluarganya mati mati percaya apa yang dicanangkan, hinggakan adikberadik dan keluarga adik beradiksisuami tadi memandang hina dan rendah pada si isteri dan anak anak nya.
Tapi si suami kiranya mangsa kepada si isteri. Almaklumlah si isteri ini anak cina mualaf, keluarga kurang ugama. Di hebahkan pada rakan taulan dan sedara mara tadi...
padahal bila eksiden kereta nak repair pun bini baru ambil kontrak memasak tadi kena bayarkan repair kereta. Bayar budak Cina yang dirempuh suami tadi  dsb..


Bila tiba waktu pencen, si isteri ini inilah yang menanggung rumah tangga dengan mengambil katering. Si suami pencen bukanlah banyak mana, savings di belanja berjoli..
Jual tanah  adik beradik sisuami yang songlap 2/3 of the money..si suami tak perasan ke buta tapi beri lagi duit ingatkan itu komisyen tolong jual..

Keluarga  isteri sendiri di abaikan... Dipendekkan cerita, duit pencen dia belanja untuk dia sahaja. Bil hp saja dah makan 1/3 pencen dia.
SI isteri tidak berpencen. Anak anak langsung tidak beri si ibu duit. Si anak anak mengampu lah si bapa kerana nak kan harta si bapa, iyelah kalau dia mati dapatlah dia rumah, dan tanah.

In the mean time si isteri sebelum jatuh sakit buatlah kerja kerja tangan, memasak dsb. Bila sudah sakit baru baru ini, kesian sampai kena gadai barang apa yang tinggal.

Anak anak yang bekerja elok sikit tidak mencampak duit barang sedikit untuk si ibu. Ada yang mengapur lagi adalah.


Jika dikenang kembali kisah hidup si ibu tadi, dia di suruh berhenti bekerja oleh si suami dengan kata kata janji setiap bulan dia beri belanja dapur dan sara hidup, bila pencen makanlah pencen kami..
Tapi bila tiba perlaksanaan nya habuk pun takda. Seolah olah ayat yang di cecehkan tadi kepada adik beradikny seolah olah tidak pernah wujud dan pernah di janji pada si isteri.
Malah makan  hasil si isteri adalah nampak. Walaupun sudah usia lanjut lepas umur awam(past80 year) 2 tahun sudah masih bergelumang dengan maksiat..ipar yang sudah menjadi balu di layannya..(Serial adulterer).

Si isteri bertemu dengan seseorang kenalan lama memberitahu anak suami (anak luar nikah ) dah besar dah.. dan rupa nya sebijik dengan muka anak perempuannya..(ini cerita lainkali).
Banyak lah hal maksiat si suami diketahu dan tersingkap dengan bukti dimana si suami sedikit tidak memohon maaf atas kecurangan nya. Malah masih melakukanya dengan ipar  dsbnya.
Sehinggalah lebih kurang 2 tahun bila dia lemah kaki..tiba tiba..
ini tidak mematahkan semangat nafsu serakah dia..
masih menalifon isteri kawan si isteri. Menggatal didalam talifon..
Sembahyang, sembahyang hajat, tidak tinggal, mengaji kerap, tapi hati nya tidak ikhlas pada ALLAH swt.
Malah di hebahkan pada adik beradiknya dia mengaji khatam berpuluh kali...bomoh masih jumpa dengan bantuan barua nya -adik dia yang sama perangai seperti nya(acuan semua serupa).

Si isteri hilang pencennya akibat janji dan paksaan si suami menyuruh nya berhenti kerja sebelum waktu mendapat peluang mengambil option persaraan awal. Akhirnya si isteri hidup sempit dan asyik bergadai tebus sahaja barang kemas dan sebagainya. Mujurlah ada kawan kawan lama yang kasihan pada keadaanya membantu..

Anak anak lelaki dan perempuan mengampu bapa walaupun banyak benda yang salah dan tidak patut dipejam mata. Bercakap dengan ibu macam ibu tu nyanyuk dengan sengaja menekan ibu  dan menengking, bengkeng serta biadap dengan si ibu. Menantu pun bila lihat si ibu dilayan sedemikian maka mereka pun peduli apa.. kalau anak sendiri layan ibu sedemikian. Semua kerana duit dan harta...must be in his good book kot kot dia nak serahkan harta pesaka...si ibu ada apa?
Adik beradik sisuami  boleh sama berbomoh nak mengenakan si isteri..dan keluarga nya sendiri..
Jangan ingat kalau bapa imam ke orang alim ke  tapi anak sendiri tidak di ajar didikan agama asas, mengaji dan ilmu dunia dan akhirat itu akan hidup lurus.. iman tidak dapat diwarisi.. maka benda benda itu  adalah alternative mereka teruatama si hangus punya perangai..tidak insaf insaf..mulut bawa fitnah, pergi sampai keKota Tinggi mencari bomoh dgn si suami nya  makcik tadi...masyaAllah...untuk mengenakan isteri dan anak anak nya.

Sekarang si isteri tadi tengah sakit mengalami masalah pernafasan... yang si anak anak ini boleh memarahi si ibu di wad hospital kerana mengizinkan doktor mereferkan si ibu tadi ke pakar. Alasannya siapa nak bayar...

Padahal si bapa ada kad pencen si anak tadi buat boleh buat operation mata dua belah di hospital swasta. Si ibu yang mata doktor referkan buat operation di suruh batalkan. Sehinggalah si ibu terjatuh kerana tidak nampak dan hilang imbangan.
Mereka terutama si anak lelaki buat tidak tahu..... Malah bila penyakit sekarang doktor beritahu kene pergi pusat pakar  si anak lelaki ini meracuni kakak kakaknya mengenai kos...

Si anak lelaki ini anak yang di tatang dan disayang..Begitu yang lain....sampai hati dia membuat dan membiarkan si ibu sedemikian...sekarang..

Pengajaran bila waktu sihat simpan lah duit jangan belanja. Orang lelaki  yang berkira duit pada keluarga sendiri tapi beri duit pada orang luar dan lain membelakangkan keluarga akhirnya tetap menyusahkan keluarga sendiri bila dah sengkek jauhi lah..

Lelaki yang suka cakap besar, temberang berdegang degung macam kapal senghet, elakkan la.. kata kata semurah air liur dan benih semurah murahnya. at least penyu telurnya ada juga harganay terutama bila menetas menjadi penyu..
Banyak lagi kita boleh pelajari di sini..

Ingatlah bila ada duit bekerja lain bila berbelanja. Bila dah tua sakit susah bila takde duit dan simpanan susut..lagi lagi pencen takde..

Harapan penulis pada sesiapa  membaca ini, doakanlah  makcik ini  semuga dia dilindungi dan dirahmati Allah swt.
Semoga dia sihat.. kembali dapat beribadat dengan tenang tanpa gangguan dan acuman ipar duai dan anak anak yang zalim.