amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Tuesday 12 October 2010

takziah kepada mangsa yang kemalangan dan simpati kepada yang terselamat

Ini bukan lah satu topik biasa saya, tapi hari ini, saya terpanggil menulis imej imej yang di lihat dimana mana sejak tersiarnya kejadian kemalangan ngeri dilebuh raya ini.

Takziah kepada mangsa terbabit tidak kira apa bangsa sekalipun, semuga rohnya tenang di sana. Kepada yang beragama Islam Alfatihah  sahaja dapat disedekah,  bila mendengar berita ngeri ini. Bak kata orang ajal maut adalah ketentuan Allah swt.

Tapi ada sedikit teguran saya rasa kita perlu mengambil kira didalam hal ini. Kelihatan di mana mana ada gambar mayat bergelimpangan didalam keadaan yang amat menyedihkan dan menyayukan. Cuma saya rasa patutnya gambar gambar mangsa yang telah pun menemui ajalnya didalam keadaan sedemikian, patutnya di blur atau di kaburkan. Bukan terang terangan disiarkan begitu saja di akhbar atau di internet,  media elektronik dan individu blog.
Maafkan saya jika saya ada menyinggung kan sesiapa, tetapi bukankah mayat yang bergelimpangan itu masih mempunyai maruah dan kehormatan yang kita yang masih hidup perlu menghormatinya sebaik mungkin?
Ini gambar diambil, disiarkan terang terangan begitu sahaja. Kita perlu menjaga aib si mati.
Bayangkan perassaan ahli keluarga  yang baru dapat memgecam mayat atau dapat mengecam gambar mangsa dari gambar yang tersiar. Bukankah traumatik dan menyedihkan lagi, bila  keadaan mereka untuk mengatasi kesedihan mereka yang bukan sahaja kehilangan keluarga yang dikasihi, tapi bila melihatkan anak, suami, atau cucu yang dilihatnya sebentar tadi berpakain kemas dan cantik, tiba tiba ternampak sekujur tubuh, berlumuran badan dan anggota terpeleot dan sebagainya.. menjadi mimpi ngeri yang mereka tidak dapat lupakan.  Gambar yang dipertontonkan itu mungkin untuk kita orang luar  rasa terkejut, tetapi  imej tersebut akan luput dimakan hari, akan tetapi ianya akan  tetap kekal diruang kepala dan fikiran keluarga si mangsa.Apa lagi mereka membaca atau mendengar keadaan sesetengah mangsa terkulai, tersepit dsb. Apakah orang kita kurang sensitif ke bila menayangkan imej imej sedemikian?


Jika gambar yang disiarkan untuk menjadi pengajaran kepada umum, pastikan gambar mayat  di kaburkan, kerana kita masih perlu menghormati si mati, arwah, allahyarham, allahyarhamah, mendiang dsbnya.
Saya berharap pengamal pengamal media mengambil kira ini semua bila mereka menyiarkan imej imej untuk tatapan umum.Begitu juga di ruangan blog.

Saya perasaan kadang kala kita terexcited nak ambil gambar peristiwa depan mata yang berlaku. Tapi pastikan apakah perlu kita tayangkan pada umum jika ianya bersangkut paut dengan kesedihan orang atau kemalangan orang?
Adakah kita mendapat keizinan menayangkan keadaan simangsa didalam keadaan yang amat teruk dan tidak sempurna  dari ahli keluarga si mangsa?. Rasanya jika simangsa boleh bersuara mereka mungkin akan tidak bersetuju?
Beginilah persoalannya:  adakah kita akan membenarkan orang menyiarkan keadaan diri kita dalam keadaan yang kurang memuaskan dan kurang baik? Atau  bagi yang bertudung, bila dirumah mereka berpakaian tidur, gambar diambil dan disiarkan di blog kawan. Apakah perasaan kita jika kita terbaca dan terlihat gambar sendiri sedemikian  di internet dan sebagainya? Sudah tentu nya malu.
Entahlah pada saya gambar orang adalah sangat privasi dan penerbitan gambar individu perlu dipinta keizinan empunya badan tersebut. Jika tidak dimiliki,  maka kaburkanlah imej gambar orang tersebut.

Jika  tujuan gambar disiar dengan alasan untuk  mengingatkan kita supaya berhati hati, tak payahlah siarkan point blank atau terlalu detail. That is not the way to do it.
Orang kita ni cepat saja lupa bila ada hot news sana sini diperkatakan, lepas tu senyap aja.. hangat hangat ...... Sepatutnya kementerian pengangkutan  mengkaji semula kaedah ujian memandu serta kaedah pemanduan yang berhemat. Jika ditangkap speeding di kawasan sekolah, perumahan, hospital atau kawasan bertanda 30 dibawa 35, jika diulangi speeding offence ini bagi kali kedua, maka, offence yg ke tiga jika dia memandu di kawasan 50 dibawanya 40 , maka lesen ditarik semula selama 18 bulan.Jika pemandu menyertai kelas rehabilitation for negligent driving,refresher class, disediakan oleh kementrian, maka penggantungan lesen dikurangkan kepada 9 bulan. These offender must pay a fee to attend this course. Ni kerajaan kena buat betul betul, bukan subcon macam sekolah memandu"driving school" kedai kopi. It should be run by government servant in a government premises, perhaps classroom disekolah on saturday dsb.

Pernah tersiar di ruangan akhbar diluar, penulis ruangan akhbar terkenal negara barat, melawat ibukota negara kita dan merasai pengalaman pemandu kita teruk. Ada yang tidak langsung berhenti di zebra crossing, untuk pedestrian melintas.wheezed through tanpa berhenti untuk pedetrian melintas.

Lesen memandu Malaysia tidak diiktiraf di UK(tidak laku). Maka sesiapa yang datang ke England kena mengambil kelas semula dari teori sehingga ke praktikal. untuk memandu cara yang sah.Negara lain tak tahulah..

Kerajaan perlu  perlu mengadakan iklan, kelas kelas revision sebagai pemantauan kepada pemandu yang errant, suka bawa laju macam orang gila. Jangan drive membontot kereta orang dekat dekat. Biarkan jarak antara kereta depan dan kita 30-50 seconds ahead. Maksudnya kita boleh nampak tayar  depan kereta depan kita, itulah jarak yang selamat. Jika brek mengejut kita masih sempat berhenti.
Dulu saya kerap menaiki bas ekspress Mara Holding di tahun 90an. Pakcik pakcik pemandu ini memandu dengan cermat dan tidak membawa selaju gila.

Tali pinggang - pakailah jika kekedai depan rumah sekalipun dan ajarlah anak duduk dikerusi dan dipakai seat belt. Begitu juga jika menaiki bas, semua bas moden ada dipasang tali pinggang, pakailah. Berdasarkan pengalaman , mengalami kemalangan dimana, tali pinggang yang dipakai telah menyelamatkan penulis bila dirempuh bas dari belakang. Kesan dari rempuhan yang kuat itu, tali pinggang tercabut dengan sendirinya. Tapi  kesan tercampak itu dapat kurangkan dengan pemakaian tali pinggang keledar.Itulah menyelamatkan penulis dari terhumban dari kereta.

Kalau kita memandu kereta yang kecil bukan jenis family saloon, bawalah dengan cermat dan hati hati.

Back to the main topic, gambar gambar ngeri yang ditunjukkan, adalah tidak sesuai di lihat untuk kanak kanak dibawah 12 atau 15 tahun.  Terlalu kerap melihat imej imej seperti ini akan melalikan dan membiasakan mereka, maka mereka tidak akan insaf atau takut. Malah rasa bangga dan seronok kerana mereka nampak lebih macho kerana tiada perasaan takut atau gentar melihat imej orang mati patah riuk kepala pecah dsb.
Ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran mereka dan mendekati benda yang selalunya dikaitkan dengan keganasan sebagai cheap thrill.
Maaf jika tulisan ini disalah anggap. cuma untuk renungan bersama..fikirkanlah.

Akhir sekali, kepada semua berhati hati di jalan raya. Biarkan lambat sepuluh minit, asalkan sampai.

Semoga bila kita semua memandu, perhatian yang penuh dapat diberi dan aturan yang wajib di patuhi. Practice what we we preach.