amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Monday 4 October 2010

Artikel diambil dari Utusan Msia.. kucing terbiar..

Artikel ini saya ambil dari utusan m'sia utk kita renungkan bersama... .
Kenapa masyarakat kita secara amnya,  kurang mengambil kira mengenai haiwan lain? Pada mereka bertanggapan binatang bukan ahli keluarga maka, tidak perlu belas kasihan dan ambil kisah.
Dirumah ibu, sedari dulu lagi terlalu kerap muncul anak anak kucing yang dibuang di tepi jalan masuk ke kawasan rumah ibu. Ada ada saja muncul , baik anak kucing, bapa mak kucing, semua jadi tempat makhluk Allah bergelar manusia menghumban haiwan ini. Saya beranggapan orang yang buang kucing ini kurang sifat kemanusiaannya. Ini juga adalah refleksi atau aura atau perwatakan sebenar manusia itu.Kalau ada yang membuat perbuatan ini  ini membaca  entry ini, hentikanlah...orang tidak tahu, tapi yang Maha Kuasa Maha mengetahui..


Dibawah artikel mengenai Hamba Allah yang baik hati budi kemanusiaan mengutip kucing kucing jalanan  ini. Semoga Allah swt merahmati, mengurniakan kesihatan yang sehat (supaya benda yang baik ini di teruskan) dan murah rezeki yang berpanjangan(agar haiwan haiwan ini dapat di tolong dsb).


""Membela nasib kucing terbiar""


ARKIB : 03/10/2010

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

adawiyah.koh@utusan.com.my







Azliha (kiri) dan Azlina (tengah) menunjukkan kucing (maaf gambar tak letak).



--------------------------------------------------------------------------------







Azlina sedang mengemas rumah terbuka apabila tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing yang comot.



Kasihan dengan kucing yang kelaparan itu, Azlina mengambil sedikit makanan di dapur dan memberi makan sambil mengusap badan kucing tersebut.



Selepas beberapa ketika, kucing itu kelihatan segar dan mula mendekati Azlina.



Azlina tanpa rasa geli terus membersihkan badan kucing yang comot itu.



Ini merupakan detik pertemuan Azlina dengan salah seekor kucing terbiar yang dipeliharanya.



Bagi Azlina Jaflus, 44, kehadiran kucing terbiar yang comot, kotor dan tidak bertuan kerana kelaparan adalah antara pemandangan biasa yang dilihat di kawasan perumahan, kedai-kedai makan atau di pasar basah.



Situasi itu memang tidak disukai masyarakat, malah haiwan-haiwan itu selalu dianggap pengacau dan sering dikaitkan dengan imej kotor dan membawa penyakit.



Mungkin ramai antara kita tidak akan bersikap dan bertindak seperti Azlina.



Yang pasti, tidak ramai yang mahu ambil peduli terhadap nasib haiwan terbiar itu dan sekadar melihatnya sahaja tanpa berusaha membela nasib haiwan-haiwan tersebut.



Jika singgah di kediaman Azlina dan adiknya Azliha Jaflu, 27, anda mungkin terkejut melihat hampir 26 ekor kucing terbiar yang dipelihara mereka.



Lebih menyeronokkan, kucing- kucing itu sekarang lebih sihat, cantik dan comel. Semuanya hasil usaha adik-beradik ini bersama keluarganya.



“Kucing merupakan haiwan yang paling dekat dan rapat dalam kehidupan manusia dengan sifat-sifatnya yang jinak, mesra dan menenangkan. Namun banyak daripada haiwan itu tidak bernasib baik dan terbiar tanpa siapa mempedulikan yang memudahkannya terdedah dengan pelbagai penyakit. Melihat keadaan ini kami mengambil inisiatif memelihara dan menjaga kucing-kucing ini,” ujarnya.



Di sebalik minat mereka menjaga kucing, Azliha mereka sendiri sangkar untuk menempatkan kucing-kucing peliharaannya.



Lebih menarik, walaupun kucing tersebut bukan dari jenis Parsi, kita akan tertarik dengan bulu yang cantik dan bersih.



“Kami akan memastikan kucing-kucing ini mendapat vaksin daripada klinik haiwan. Kebetulan, ia tidak cerewet dan makan apa sahaja termasuk biskut, nasi dan ikan rebus. Namun, bagi memastikan kucing-kucing ini sihat, kami memberi makanan khas,” ujarnya.



Berkongsi tentang petua penjagaan kucing, Azlina akan memastikan panjang kuku kucing tidak melebihi dua hari, najis kucing perlu ditimbus dengan pasir dan dicuci dengan sabun pencuci berkualiti tinggi.



Kepuasan yang diperolehi tidak tandingan apabila melihat kucing peliharaan membesar dengan sihat.



“Bayangkan ada kucing yang kami jumpa di pasar sebelum ini tempang dan cedera. Selepas mendapat rawatan, ia semakin sihat, mampu berlari dan bermain. Itulah kepuasan yang tidak ternilai,” ujar Azliha.



Seperti manusia, kucing juga boleh menghidap penyakit. Begitulah uniknya perihal kucing, kelas Azlina.



Sebelum ini mereka pernah memelihara kucing seberat 7.5 kilogram yang menghidap kencing manis dan strok. Mungkin kerana berat badan berlebihan, kucing tersebut sakit dan akhirnya mati selepas lapan tahun bersama Azliha dan Azlina.



Saat itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana kucing-kucing itu sudah menjadi sebahagian keluarga mereka.



Malahan, adik-beradik yang lain turut mengambil berat dan mula menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.



“Kami bersyukur kerana ahli keluarga banyak memberi sokongan. Suasana menjadi lebih meriah dengan adanya kucing menjadi teman setia dan penghibur kami,” katanya.



Panduan






Terfikir untuk memelihara kucing? Mungkin perkara berikut memberi sedikit panduan kepada anda






l Kucing sebagai teman






Kehidupan moden yang serba pantas di samping tuntutan kerja yang tidak pernah surut membuatkan majoriti antara kita sentiasa berada dalam kesunyian. Misalnya, keluarga di kampung terpaksa ditinggalkan untuk mencipta kerjaya di bandar-bandar besar.






l Belajar untuk menjaga ‘orang’ lain






Memelihara kucing mengajar anda bagaimana untuk menjaga sesuatu. Sekiranya anda tidak mempunyai anak, kucing mungkin boleh menjadi satu ujian terbaik. Menyayanginya boleh memberikan anda keyakinan untuk menjadi seorang yang lebih penyabar dan penyayang.






l Mengajar tentang tanggungjawab






Jika anda tidak ambil kisah dengan kucing, ia akan mati. Maka, memelihara kucing adalah cara terbaik untuk membentuk diri agar lebih bertanggungjawab. Sekali lagi, anda juga belajar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk diri sendiri sahaja, ada banyak perkara yang bergantung ke atas diri anda.






l Mengurangkan tekanan






Bermain, berjalan-jalan, menjaga dan ketawa dengan kucing mampu mengurangkan tekanan yang ditanggung oleh seseorang individu. Tidak percaya, cubalah!