amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Wednesday 1 September 2010

Hari Merdeka..update anak sawi dan sayur yang sudah bercambah...dan lain lain


Belum terlambat mengucapkan semua selamat hari merdeka.. semoga bangsa kita berjaya mengekal kan kemerdekaan bangsa dan negara kita dari segi ekonomi, ilmu, cara hidup serta pemikiran. Dibulan ramadan yang mulia lagi berkat ini, mari kita panjangkan doa kita supaya dijauhkan pemimpin pemimpin kita semua dari anasir anasir  yang menyesatkan dan menghancurkan serta melemahkan kaum bangsanya sendiri. Kepada rakyat Malaysia, semoga kita dapat hidup didalam harmoni dan aman serta dapat hidup dengan cara adat dan budaya masing masing. Semoga juga kita dapat mengekalkan sifat toleransi sesama manusia di bumi Allah swt. Semoga juga kemerdekaan ini juga dapat dikekalkan oleh semua golongan didalam mencapai cabaran keadaan semasa dengan kita semua bersatu padu dan tidak bercakaran dan melemahkan tiang kekuatan negara...Amin...




August 17, 2010
31 August 2010


Hydrangea mula pudar warna..

cherry tomatoesanak sawi hijau dan jenis sawi yang lain..sudah boleh di ubah didalam pasu atau takung sehari dua ini.

Cantiknya anak sawi dan jenis sawi yang lain..

sayur terung, maaf gambar terbalik





anak serai didalam pasu makin besar


Rimbunan pasu dan pokok



si kucing sedang tidur


Makcik sedang tidur lena.. umur makcik ni 18 tahun lebih nak masuk 18 belas . Doktor veterinar cakap setiap satu tahun umur kucing dikalikan dengan 7 tahun umur manusia.Memang nampak pun keadaan fizikalnya makin lemah dan tidak aktif seperti dahulu.Sejakdari 6 tahun lepas  dia  lebih suka duduk menyendiri tanpa diganggu oleh yang lain. Cuma  suka duduk di atas riba atau disebelah tanpa diganggu si stokin di atas yang masih muda suka bermaiin kasar. Si makcik akan memanggil kita dengan mengambil perhatian dan menggesa  untuk sesuatu. Adik beradiknya habis mati dilanggar kereta yang bawa laju menggila di kawasan perumahan.Makcik diatas adalah sole survivor.


Lain lain benda bagus jika ada haiwan belaan di rumah. Ianya mengajar erti kemanusiaan(humane), serta mendidik anak anak disiplin dan tanggung jawab.. terutama dari mereka masih kecil dar umur 6 tahun ke atas. Dengan haiwan belaan, anak anak akan dapat melatih sifat kemanusiaan  tanpa mementingkan diri sendiri. Mereka akan belajar berkongsi, mengasihi haiwan dan menjaga haiwan yang bernyawa dengan sehabis baik yang boleh. Mereka akan belajar tidak mementingkan diri. Dan macam macam lagi...