amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Tuesday 10 August 2010

...puasa..ibu... uzur ...jaga...dengan baik

Salam sejahtera ,
selalunya bila malam sebelum puasa bermula, hanya ibu dan bapa sahaja yang merasai permulaan bulan puasa. Apatah lagi persediaan menyediakan bahan untuk bersahur, pergi berterawih di masjid dan surau.
Ibu ibu sibuk membeli bahan untuk sahur, yang senang dan mudah supaya dapat dinikmati bersama. Anak anak yang baru nak mengenal erti puasa , dikejutkan untuk bersahur. Selalunya pelbagai dialog yang menggalakan dan menstimulasikan pemikiran anak anak supaya mereka makan dan minum air supaya tidak lapar dan dahaga dengan nada keibuan.
Si bapa selalunya bangkit bila dikejutkan untuk bersahur, sudah makan bangun cuci tangan lepas sudah untuk dirinya.
Tugas ibu tidak pernah habis walau pun dengan mata yang kelat  dan letih  anak anak  di dahulukan.

Buat ibu ibu yang uzur dan tidak dapat berpuasa, anak anak yang dikasihi, pastikan jangan lupa bayar fidyah mereka. Jangan lupa semua masa anda kecil dan belum pandai apa apa, si ibulah yang menatang kamu bagai minyak yang penuh.Ada yang berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga dan bertukar lebih kepada tugas orang gaji..
Anak anak  yang masa kecil kerap terberak dalam seluar walaupun dah lepas tadika, si ibu itulah yang mencuci berak kamu.
Kamu nak makan kayu drum, mak kamu siap masakan kan kamu, bersungguh dia memasakkan. Jadinya dibulan puasa yang mulia, kalau ibu kamu yang nak ikut  berterawih, kamu bawa dia sekali dengan kerusi lipatnya. Walaupun tidak membuat yang penuh , yang ringkas sudah memadai.
Sekurang kurangnya dia dapat keluar dan bersosial dengan beribadah. Berjalan beberapa tapak ke masjid atau surau. Walaupun singkat tapi elok.
Di bulan yang mulia ini jangan lupa bercakaplah dengan ibu kamu dengan rendah diri dan bahasa yang lembut dan ikhlas bukan dengan perasaan nak marah saja. Ingat lah ibu ibu yang sudah uzur selalunya tiada berselera nak makan macam orang muda. Pastikan  anak anak  sensitif  atau menyediakan  apa yang kamu kehendaki. Tidak pernah si ibu bercakap kasar dengan anaknya. Begitu juga sepatutnya dengan sikap anak anak kepada ibunya.