Daun ketumbar atau dikenali sebagai Coriander atau cilantro telah digunakan oleh Hippocrates dan doktor dizaman dulu sebagai rawatan perubatan untuk penyakit berkaitan gastrointestinal. Ia adalah sumber untuk fiber, zat besi, magnesium, manganese dan mempercepatkan proses pembuangan metal toksik seperti merkuri dan lead didalam badan.
Ia juga mempunyai sumber antibakterial yang kuat.
Bila kita mual dan loya dan tidak sihat dan hilang selera untuk makan, buat sup atau tomyam yang diletak daun ketumbar dapat menghilangkan loya dan pahit tekak..
Gambar dari goodlivearthliving.com
Daun ketumbar dibuat herba untuk sup, sup tomyam, dimasak dengan ikan, daging, kari dan salad. Masakan mexican, Spanish atau benua america selatan banyak menggunakan Cilantro.Selain dari Thai dan Mexican, masakan Arab timur tengah serta India juga menggunakan daun ketumbar.Beriani juga menggunakan daun ketumbar.. Memberi perasa yang sedap kepada sup dan bahan masakan. Sedap dimasak serta dimakan mentah mentah sebagai ulaman atau dicampur dengan salad atau kerabu.
Daun ketumbar boleh ditanam dirumah ditanah atau didalam pasu atau bekas takungan.
PICT TAKEN FROM WUNDEGROUND
Senang ditanam diaman sahaja dibawah matahari atau di tingkap dapur.. Atau boleh dijadikan sebahagian dari tanaman taman herba. Jika daun banyak danlebat, lakukan seperti daun kucai, potong daun dan tangkainya sekali basuh, dipotong ikut suka dan simpan didalam bekas plastik dan sejuk bekukan.Dengan cara begini ianya dapat disimpan dan digunakan untuk jangka masa yang lama.