amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Sunday 31 July 2011

selamat berpuasa rohani diri

SALAM diucapkan pada semua..

Selamat berpuasa. Jaga kesihatan diri bila berbuka.. jangan terus minum air bergas dan bergula(asid).

Makan la kurma dan buah buahan walau sedikit.
Jangan minum milo ais kerana ianya minuman bernutrient makanan. Makanlah nasi dan lauk seperti biasa. Bila lapar makanan yang simple akan terasa nikmat sedapnya..

Minumlah air suam supaya asid  dan kristal yang terbentuk didalam perut organ dsbnya dapat di dilutekan dan flush dengan cepat sebagai bahan buangan.


Waktu bersahur makanlah makanan yg berprotin tinggi dan berserat supaya ianya mengambil masa utk di hadam.. akhir sekali minum lah minuman yang anda gemari dan panas.. supaya segar  badan.

jangan lupa makan yoghurt di awal berbuka dan juga sesudu  selesai makan. lakukan juga diwaktu bersahur.. ianya elok untuk meneutralkan asid didalam perut..supaya kurang angin dan kurang terkentut..

plain yoghurt ya..

rajin rajinlah masak air rebusan barli. Terutama bila cuaca panas sangat supaya bila berbuka dapat diminum kerana ianya diuretic.

Kalau asik banyak angin, buat aja air halia - halia di blend satu cawan penuh dan dicampurkan air barang 2 litre dididihkan. minum begitu atau ldibancuh dgn teh, letak la sedikit madu..

semoga puasa ini dapat melatih jiwa dan disiplin nafsu, tabiat pemakanan kita dan juga perbelanjaan kita.
supaya ini dpt memberi keberkatan pada semua..