Belum terlambat mengucapkan semua selamat hari merdeka.. semoga bangsa kita berjaya mengekal kan kemerdekaan bangsa dan negara kita dari segi ekonomi, ilmu, cara hidup serta pemikiran. Dibulan ramadan yang mulia lagi berkat ini, mari kita panjangkan doa kita supaya dijauhkan pemimpin pemimpin kita semua dari anasir anasir yang menyesatkan dan menghancurkan serta melemahkan kaum bangsanya sendiri. Kepada rakyat Malaysia, semoga kita dapat hidup didalam harmoni dan aman serta dapat hidup dengan cara adat dan budaya masing masing. Semoga juga kita dapat mengekalkan sifat toleransi sesama manusia di bumi Allah swt. Semoga juga kemerdekaan ini juga dapat dikekalkan oleh semua golongan didalam mencapai cabaran keadaan semasa dengan kita semua bersatu padu dan tidak bercakaran dan melemahkan tiang kekuatan negara...Amin...
August 17, 2010
cherry tomatoes
anak sawi hijau dan jenis sawi yang lain..sudah boleh di ubah didalam pasu atau takung sehari dua ini.



Lain lain benda bagus jika ada haiwan belaan di rumah. Ianya mengajar erti kemanusiaan(humane), serta mendidik anak anak disiplin dan tanggung jawab.. terutama dari mereka masih kecil dar umur 6 tahun ke atas. Dengan haiwan belaan, anak anak akan dapat melatih sifat kemanusiaan tanpa mementingkan diri sendiri. Mereka akan belajar berkongsi, mengasihi haiwan dan menjaga haiwan yang bernyawa dengan sehabis baik yang boleh. Mereka akan belajar tidak mementingkan diri. Dan macam macam lagi...