amal kebajikan

Free scan dan bersihkan komputer anda dari virus dan spyware - click ini

terima kasih la klik ni

Sunday, 18 July 2010

baja kompos dari bahan buangan domestik

Baja yang paling murah adalah baja kompos  yang boleh dibuat dari bahan buangan seperti sayur yang sudah layu dan berkulat, buah  yang sudah busuk, kulit pisang dan macam macam lagi.

Tidak perlu risau nak menggali lubang sedalam beberapa kaki. Lagi lagi kawasan rumah bukanlah besar mana. Cara yang paling mudah adalah dengan mengambil satu tong sampah hitam contoh seperti  diatas.

Tebuk lubang dikeliling dan dipermukaan bawah tong sebanyak yang boleh.  Kalau ada dril  gunakan dril untuk menebuk lubang dikeliling nya dan di permukaan bawahnya.

Kemudian ambil batu bata atau sedikit batu kerikil, cukup untuk diratakan ditanah untuk diletakkan tong tadi diatasnya.
Kemudian ambil surat khabar koyak koyakkan dan diletak dibahagian bawah sekali didalam tong sampah.
Siap sudah tong kompos anda. 
Di dalamnya diletakkan rumput yang telah dipotong didalamnya, kemudian daun daun kering,  bahan makanan yang sudah basi, kulit bawang, kulit buah buahan, nasi basi, lauk basi, perut ikan, insang ikan, dan tulang ikan dan bahan domestik yang akan busuk dan reput noleh lah dimasukkan didalam. Kemudian tutup tong kompos tadi dengan  penutup yang sedia ada.
kalau banyak cecair  letak surat khabar yand disiat siat pada  setiap lapisan sampah yang berair.
2,3 minggu sekali di gaulkan sampah tadi. Jika mahu proses pereputan disegerakan, ambil beberapa ekor cacing dimasukkan didalam tong ini.
Jika air dari sampah menitik ke permukaan batu yang mengalas tong tadi , jirus permukaan alas tong ini  dengan air sabun. Kalau mahu, tong boleh di alihkan di tempat lain  ikut suka ...
Bila kandungan didalam tong ini mereput dan banyak bercacing etc  dan berwarna hitam, boleh lah digunakan dan dicampur dengan tanah untuk menanam pokok di pasu dan ditanah.